3,000 Pelajar Kolej Antarabangsa Unifield Jadi MANGSA, Turun Naik Tanpa Lif Setinggi 23 Tingkat !!! PERGHHHH

Pihak pengurusan pusat peranginan A' Famosa Resort Malaysia, di sini, sanggup bertindak kejam dengan memberhentikan operasi lif di empat blok setinggi 23 tingkat yang diduduki kira-kira 3,000 pelajar Kolej Antarabangsa Unifield.

Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan sejak awal Ramadan lalu hingga menyukarkan pelajar kolej berkenaan untuk memindahkan barangan malah ada antara mereka pengsan akibat terlalu penat turun dan naik tangga setiap hari.

Mengikut sumber, perbuatan pengurusan pusat peranginan itu dipercayai akibat rasa tidak puas hati berikutan pihak kolej berkenaan mahu berpindah ke lokasi lain sebaik tamat tempoh sewa yang berakhir tahun ini.

“Pihak kolej sudah mengemukakan notis sebulan awal kepada pengurusan A’Famosa untuk berpindah malah kami juga akan membaiki segala kerosakan di semua empat bangunan terbabit.

“Pada masa sama, kami juga mahu pihak pengurusan A’Famosa menolak sewaan bulanan kira-kira RM400,000  untuk bulan Jun menerusi bayaran deposit iaitu berjumlah RM900,000,” katanya, ketika dihubungi.

Katanya, pihak pengurusan A’Famosa tidak bersetuju dengan tindakan terbabit dan mahu kami membayar sewa bulan Jun malah turut mahu notis dikeluarkan untuk tempoh sekurang-kurangnya  dua bulan.

“Berikutan itu, pihak pengurusan A’Famosa melakukan perbuatan ala gangster apabila tidak membenarkan lori memasuki kawasan kolej untuk mengangkut barangan.

“Malah ibubapa yang mahu membantu anak mereka berpindah juga tidak dibenarkan memasuki kawasan terbabit menyebabkan pelajar kolej terpaksa melakukannya sendiri tanpa bantuan pihak lain.

“Empat bangunan setinggi 23 tingkat itu adalah asrama kolej manakala ruang letak kereta diubahsuai untuk dijadikan kelas sejak tujuh tahun lalu.

“Pada awalnya, ubahsuai tempat letak kereta itu mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) namun selepas tujuh tahun beroperasi kami mendapat arahan ianya tidak dibenarkan.

“Pihak pengurusan A’Famosa mahu membina bangunan lain untuk kelas namun meminta bayaran deposit RM2 juta namun ia seakan tidak masuk akal kerana sebelum ini kami membayar sewa untuk ruangan ubahsuai itu hanya RM90,000 sebulan saja,”katanya.

Melihat kos operasi semakin membebankan dan pelbagai kesulitan timbul menyebabkan pihak kolej mahu berpindah ke Pajam, Negeri Sembilan, dalam masa terdekat ini.

“Namun, tidak menyangka mereka sanggup bertindak kejam dengan melakukan pelbagai sekatan hingga mahu menghantar surat ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kononnya pelajar kolej tidak mahu berpindah.

“Perkara itu jelas sekali bercanggah kerana jika kami berpindah yuran pengajian dan asrama kemungkinan diturunkan sehingga 40 peratus malah ada antara kursus tertentu tidak perlu membayar yuran asrama,” katanya.

Menurutnya, walaupun perkara itu sudah dilaporkan ke IbuPejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah namun sehingga kini tiada tindakan susulan dilakukan.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    4:49 PM

    TUNKU ABDUL RAHMAN AND YIP KUM FOOK ARE DIFFERENCES IN LIFE
    After about a year, Tunku realised that he was making very little progress in his studies. After a meeting with Mr. Ezekiel, his guardian, in the office of the Crown Agents, Ezekiel arranged for Tunku to move to Cambridge and to be taught by and live with Basil Atkinson. Atkinson was an experienced tutor and he also prepared Tunku to sit in a university entrance examination known as " Little Go". The following year, he took the entrance exams and he obtained high marks for all his papers with a Pass for the whole examination. He was accepted as an undergraduate at St Catharine's College, one of the colleges of the University of Cambridge, and graduated with a bachelor's degree of Arts in Law and History in 1925.

    Five years after sailing from Singapore, at the age of 23, he sailed home. The Crown agents secured Tunku a berth in a passenger ship, which stopped at Penang. Tunku Ibrahim, the Regent, and his eldest brother was unhappy with Tunku's choice of degrees and he ordered Tunku to return to England to be admitted to the English Bar. On Tunku's initiative, the Malay Society of Great Britain was formed, with Tuanku Abdul Rahman of Negeri Sembilan (later the 1st Yang Di-Pertuan Agong) as president and Tunku Abdul Rahman of Kedah as Honorary Secretary and the driving force.

    Datuk YIP KUM FOOK is also a lawyer but he has a different lifestyle, we have many lawyer friends, and they are very kind and compassionate people, this YIP KUM FOOK (lawyer) to suck people's money only

    Many people don’t know about YIP KUM FOOK where, or at which university did he get a degree in law? we are too suspicious of him because he is cheating people everywhere and please be careful with him

    Sharing by Lai, Kepong Hulu

Post a Comment