Pemilikan Kereta Mewah : Zuraida Kamaruddin Jangan Diam Lari ‘Tutup Mulut’



Ketua Wanita UMNO bahagian Ampang, Datuk Dr Rozaidah Talib hari ini melahirkan perasaan terkejut dengan sikap yang ditunjukkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang sehingga hari ini masih `menyepikan diri’ dari menjawab dakwaan memiliki sembilan buah kenderaan mewah termasuk sebuah kereta jenama Mercedes Benz S280 yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat.

Ujarnya, semua sedia maklum dengan karektor Zuraidah yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri Selangor yang agak agresif selama ini, namun masih tidak menjawab isu kereta mewah beliau sebagaimana dakwaan dari pimpinan PKR itu sendiri.

“Saya masih tertunggu-tunggu, kita faham orang seperti Zuraidah ini pantang dituduh berbuat salah, pasti akan cepat menafikan dakwaan salah lakunya ataupun segera mencabar pihak yang menuduhnya untuk mengemukakan bukti salah lakunya itu.

“Namun sehingga hari ini, beliau masih gagal menjawab, menafikan atau  mencabar mana-mana pihak kemukakan bukti, sehingga timbul keraguan adalah benar segala dakwaan tersebut atau beliau masih mencari jalan untuk menutup dakwaan salah lakunya itu.

“Dalam masa yang sama, Zuraida janganlah menggunakan kaedah pemimpin-pemimpin Dap yang sangat hebat dan lantang ketika menyuarakan salah laku pemimpin UMNO dan BN sebaliknya ketika dirinya `terbogel’, mendiamkan diri seribu bahasa,” ujarnya kepada UMNO-Online hari ini.

Tambahnya, berdasarkan pengalamannya sebagai Ahli Parlimen Ampang sebelum ini, bukan mudah dalam usia sepenggal menjawat kerusi Ahli Parlimen ini, tambahan pula ketika menduduki kerusi tersebut ‘calon’ masih kosong atau tidak ada apa-apa, mampu memiliki banyak kereta mewah sebagaimana seperti dakwaan terhadap Ahli Parlimen Ampang ini.

“Sehubungan dengan itu, saya mintalah agar Zuraidah jangan menyembunyikan diri sebaliknya segera menafi atau menjawab segala tohmahan yang dilemparkan. Kita tidak menuduh beliau, sebaliknya orang PKR sendiri yang mendakwa wujudnya salah laku tersebut,” tambahnya lagi.

Sebelaum ini Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoalkan pemilikan kenderaan dalam jumlah agak luar biasa Ahli Parlimen Ampang itu.


Justeru beliau menggesa Zuraidah agar wajib tampil membuat penjelasan dan SAMM sendiri akan bersama menyebarkan penjelasan beliau jika beliau tampil memberi penjelasan terperinci berhubung isu pemilikan kenderaan tersebut.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment