Sektor Pertanian Tunjang Penjanaan Ekonomi Lestari


Penggembelingan usaha semua pihak adalah perlu dalam usaha mencari jalan inovatif untuk mengembangkan industri pertanian ke peringkat yang lebih tinggi.
Menurut Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, selain infrastruktur moden yang tersedia, kajian dan inovasi menggunakan aplikasi bioteknologi, automasi ladang, dan tenaga semula jadi melalui pengurusan sisa pepejal yang baik akan memberi nilai tambah serta menjimatkan kos pengeluaran.
“Transformasi serta aplikasi biosekuriti dan bioteknologi dalam bidang pertanian dan Agro makanan telah banyak berubah, menjadikan sektor ini lebih kompetitif, memaksimakan penjanaan pendapatan serta bergerak seiring dengan perkembangan industri utama yang lain.
“Inisiatif Bio Desaru sebagai contoh, merupakan satu projek transformasi baru dalam pembangunan sektor pertanian dan agromakanan negara yang telah menggalakkan aktiviti pertanian berskala komersil serta mempunyai nilai pelaburan yang tinggi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pavilion Johor di sini, bersempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016.
Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Ismail Mohamed.
Pavilion itu tidak hanya menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan Johor sepanjang MAHA berlangsung, tetapi turut akan dioptimumkan penggunaannya oleh Jabatan Pertanian dan agensi-agensi berkaitan melalui penganjuran program-program seperti pembangunan masyarakat, perkhidmatan setempat bagi khidmat nasihat, dan fasilitasi dalam sektor pertanian.
Tegas Mohamed Khaled lagi, komitmen Kerajaan Negeri ke arah memperkasakan sektor pertanian dan industri asas tani telah digariskan dalam Bajet Johor 2017, apabila mengumumkan misi untuk menjadikan negeri itu sebagai Hab Kecukupan Makanan Malaysia.
“Ini dapat dilaksanakan melalui projek-projek yang telah dikenalpasti seperti ternakan, pertanian bersepadu, Agro Mix dan penggunaan aplikasi inovatif seperti bioteknologi dalam memacu industri.
“Malaysia telah membelanjakan sekitar RM45.4 billion hanya untuk mengimport makanan dari luar negara. Justeru, pelaburan dalam sektor pengeluaran makanan, pertanian dan penternakan adalah satu langkah strategik yang mampu untuk menjana pendapatan tinggi,” katanya.
Di bawah perancangan Hab Kecukupan Makanan, sebanyak RM37.98 juta dibawah seliaan Johor Corporation akan diperuntuk bagi membangunkan rangkaian usahawan Bumiputera dalam rantaian halal ayam pedaging berskala besar di negeri Johor.
Manakala RM 1.25 juta lagi diperuntukkan untuk projek kebun nukleus atau Agro Mix Farm di Segamat yang akan menjadi projek perintis untuk pengusaha projek tanaman makanan seperti sayur-sayuran, nanas, kelapa, serta projek perikanan tilapia merah dan ternakan rusa.
Sumber: www.umno-johor.com 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment