KENYATAAN MEDIA
Siasat Dan Ambil Tindakan Terhadap Mereka Yang
Cetuskan Provokasi Melampau
JOHOR BAHRU, 8 April – Tindakan harus segera diambil terhadap mereka yang menjadi punca kepada provokasi melampau untuk mengulingkan Menteri Besar Johor dan digantikan dengan calon Timbalan Menteri yang dikatakan rapat dengan Perdana Menteri.
Sudah tiba masanya UMNO bertindak, menyiasat siapa punya angkara dan apa agenda mereka yang mencetuskan provokasi ini.
Kita siasat seterusnya ambil tindakan terhadap mereka yang mencetuskan provokasi tanpa bukti ini, kerana tindakan mereka dilihat jelas mahu menjejaskan nama baik parti dan pemimpin UMNO itu sendiri.
Dalam masa yang sama, kenyataan yang jelas tidak beretika ini, menyebabkan kita sebagai ahli UMNO khususnya mereka yang suka dengan cerita-cerita sebegini, membuat andaian dan tuduhan melulu dalam mencari ‘siapa Timbalan Menteri’ yang dimaksudkan oleh portal-portal pro pembangkang ini.
Persoalannya, tidakkah wujud syak-wasangka sehingga boleh menimbulkan fitnah di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri, kerana beliau percaya mesti ada di kalangan ahli UMNO yang akan mempercayai laporan berita tersebut.
Tak perlu untuk syak wasangka terhadap Timbalan-Timbalan Menteri dari Johor. Pada mereka yang timbulkan isu ini, minta dia sebut secara terbuka tanpa berselindung atau berkias-kias sekadar nak bagi suspense.
UMNO perlu desak mereka ini sebut Timbalan Menteri mana yang di maksudkan supaya siasatan boleh di buat. Jika dia membuat fitnah maka pihak berkuasa wajib ambil tindakan terhadapnya.
Mustahil untuk menggantikan Menteri Besar Johor dengan Timbalan Menteri dalam penggal ini kerana semua Timbalan-Timbalan Menteri dari Johor bukan dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Mereka adalah Ahli-AHli Parlimen dan tiada peruntukan untuk mereka dijadikan MB melainkan ada pililhanraya kecil di peringkat negeri dan mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor.
Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri boleh jadi Timbalan atau pun Menteri penuh bila-bila masa jika mereka di lantik Senator di peringkat pusat dan di angkat sebagai Menteri oleh Perdana Menteri.
Datuk Seri Ahmad Bashah boleh jadi MB Kedah dipenggal yg sama kerana beliau adalah sediakala ADUN yg telah di angkat menjadi Senator untuk menjadi timbalan menteri.
Sebelum membuat andaian, kita, lebih-lebih lagi orang UMNO berbangsa Johor wajib memahami sistem di dalam perlantikan di pusat mahupun di negeri.
Kalaupun kita hendak buat penafian, biarlah penafian itu berisi supaya rakyat faham dengan keadaan dan bukan penafian yang kosong tanpa penjelasan sambil memberi sokongan berulang ulang.
Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat
Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, JOHOR
0 Komen