SELAR TINDAKAN AMERIKA MEMANGGIL DUTA MALAYSIA

GPMS ingin menyatakan sokongan terhadap kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub, di dalam sebuah akhbar tempatan yang menyelar tindakan Amerika Syarikat memanggil Duta Malaysia di Washington berkaitan isu politik tanahair mutakhir ini.

GPMS menganggap 'tabiat dan fi'il diplomasi' Amerika Syarikat ini membayangkan sikap Kerajaan tersebut yang gemar terlibat dalam darihal politik dalaman negara lain.

Apa jua alasan yang diberikan oleh Amerika - kegemaran mereka untuk mencampuri urusan dalaman Negara lain adalah amat dikesali. Apakah mereka mempunyai 'kredibiliti' untuk mempersoalkan ruang demokrasi dan pengamalan hukum di Negara lain - jika halaman politik mereka sendiri masih hitam dengan rekod tahanan politik dan tanpa bicara?

GPMS ingin menggesa agar Kementerian Luar Negeri, dengan seberapa segera memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia bagi menyatakan pendirian sebenar Malaysia berkenaan isu ini. Mereka juga wajar diingatkan dengan keperluan mereka menghormati kedaulatan Negara dalam menangani sebarang permasalahan politik. Kita tidak perlukan nasihat daripada Amerika Syarikat dalam mendepani sebarang masalah dalaman.

Seboleh mungkin, kita tidak mahu lagi Duta Malaysia dipanggil sewenang-wenangnya untuk diberikan nasihat yang tidak diundang. GPMS percaya, ada medium diplomasi lain yang lebih wajar digunapakai. Cukup ironi, sebuah Negara peneraju dalam sistem demokrasi masih GAGAL memahami sempadan politik yang wujud di dalam keadaan sebegini.

Seharusnyalah, rasa hormat diberikan kepada Kerajaan sedia ada yang mendapat mandat daripada rakyat. Ini adalah perkara yang cukup asas kepada hubungan diplomasi antara Negara. Sikap diplomasi semberono yang ditunjukkan oleh Amerika Syarikat ini tidak sesekali kita alu-alukan.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment