Islam Mangsa Survival Politik Pas – Tun M

Ekslusif dari UMNO-Online


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agama Islam dan orang Islam menjadi mangsa pemimpin Pas yang menggunakan agama sebagai alat survival politik supaya terus mendapat sokongan golongan tertentu.

Walaupun melaungkan konon mereka pejuang Islam sebenar, pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran dan memang ‘naluri Pas’ sejak dulu akan mengetepikan Islam untuk mendapat sokongan bukan Islam, kata mantan Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir berkata, pemimpin Pas sebegitu memang pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.

”Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik, kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan kerjasama itu dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.

“Umpamanya, isu ternakan babi dekat dengan kampung Melayu, mereka mengatakan dalam al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tak boleh makan babi, kalau nak ternak atau nak lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran,” katanya ketika wawancara khas bersama UMNO-Online, semalam.

Kalau kita tak sebut nama Agong (Yang Di Pertuan Agung) tapi sebut nama ketua menteri bukan Islam, mereka kata tidak menjadi kesalahan kerana usaha untuk menarik mereka kepada Islam dan inilah kebaikan Islam.

Dr Mahathir berkata, golongan terbabit akan melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Contohnya, jika dahulu mereka menuduh UMNO kafir adakan kerjasama dengan MCA dan MIC, kini Pas lakukan perbuatan yang sama bersama Dap, katanya.

Beliau berkata, selain itu, sikap segelintir pemimpin Pas yang mempertahankan tindakan menyebut nama pemimpin bukan Islam dalam khutbah Jumaat dengan alasan untuk menarik bukan Islam kepada Islam menimbulkan pelbagai polemik politik tempatan.

“Kalau kita tak sebut nama Agong (Yang Di Pertuan Agung) tapi sebut nama ketua menteri bukan Islam, mereka kata tidak menjadi kesalahan kerana usaha untuk menarik mereka kepada Islam dan inilah kebaikan Islam.

“Mereka pintar memberi penjelasan, menukar pemikiran mereka kerana yang menjadi mangsa adalah agama Islam dan orang Islam sendiri,” katanya sebagai mengulas tindakan khatib yang mengantikan nama Yang Di Pertuan Agong dengan namak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat.

Tindakan khatib itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam kerana menganggap mencemar kesucian Islam, bagaimanapun Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah mempertahan tindakan khatib berkenaan.

Antara khatib berkenaan ialah Zakaria Ahmad iaitu adik Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad.

Dr Mahathir berkata, demikian juga di dalam kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin yang memasuki ruang utama solat Surau Al Huda di Kajang serta menyampaikan tazkirah, perkata itu dianggap tidak menjadi kesalahan kepada Nik Aziz.

Mereka pintar memberi penjelasan, menukar pemikiran mereka kerana yang menjadi mangsa adalah agama Islam dan orang Islam sendiri

Beliau berkata, Pas menggunakan Islam sebagai sebagai alat untuk mendapat sokongan di kalangan umat Islam dan mereka sebenarnya bukan pejuang Islam seperti yang digembar-gemburkan.

“Jika Islam itu menjadi halangan untuk dapat sokongan orang bukan Islam, mereka sanggup cari jalan supaya Islam itu dikebelakangkan sikit.

“Contohnya dalam soal hukum hudud, semua itu diketepikan, begitu juga dengan negara Islam ia juga diketepikan supaya dapat sokongan bukan Islam, itu memang naluri Pas. Itu Pas guna Islam untuk memancing undi. Dari dahulu memang macam itu,” ujarnya lagi.

Dr Mahathir berkata, perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan ini di dalam Pas membuktikan ia adalah semata-mata untuk survival politik parti itu supaya dapat terus berada dalam pakatan pembangkang demi mencapai cita-cita untuk menumpaskan UMNO sebagai tunggak pemerintahan Malaysia. -MediaUMNO.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anonymous
    6:55 AM

    Tahniah uaha dan pandangan yang bernas teringat semasa perhimpunan UMNO dulu Dr M sampai ekarang konsisten dalam memberikan pendapat berkenaan Parti PAS...islam is tool for PAS...ingat lagi apa yang beliau katakan 15 tahun yang lalu...Syabas Dr M.

  2. Allah maha besar!Ingat balasan tuhan disana nanti.Tidak ada sesiapa pun akan terlepas walau selicik mana sekali .Anda harus bertaubat.Kenapa Allah menurunkan kata tersebut melalui mulut KAPAL SINK? kenapa? fikirkan lah!!!!

  3. UMNO DAN PAS – SYIRIK DAN KUFUR

    Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah AGAMA dan KERAJAAN yang syirik dan klufur kerana :

    1. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;
    2. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang manusia;
    3. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia;
    4. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia apabila segala peraturan dan undang-undang demokrasi ditaati dan dipatuhi oleh manusia;
    5. Demokrasi menjadikan manusia sebagai para hamba yang menghamba abdikan diri mereka kepada Tuhan-tuhan Manusia kerana manusia berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang manusia;
    6. Demokrasi menjadikan manusia sebagai para penyembah yang menyembah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia.

    Para pemimpin dan penyokong UMNO dan PAS di Malaysia kita kini telah disesatkan dengan kesesatan yang amat jauh oleh Ahlil Kitab sehingga mereka tidak menyedari bahawa :

    1. Para pemimpin UMNO dan PAS yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA atau TAGHUT yang kafir, zalim dan fasik kerana :

    a) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk memerintah ke atas manusia;

    b) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk membuat peraturan dan undang-undang;

    c) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang demokrasi ciptaan manusia ke atas manusia, yang bererti mereka telah menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka;

    d) Mereka adalah orang-orang yang disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia kerana segala peraturan dan undang-undang yang dubuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia.


    2. Para pengikut UMNO dan PAS yang mengamalkan agama demokrasi, yang mentaati segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan yang menyetujui dan meredhai agama demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi, adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana :

    a) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia;

    b) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia;

    c) Mereka menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia kerana mereka berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;

    d) Mereka menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia.

    Para pemimpin dan pengikut UMNO dan PAS adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan mereka menyetujui dan meredhainya yang bererti mereka mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah. Allah melarang kita daripada memperjuangkan Islam melalui Metod Demokrasi kerana ianya adalah metod yang syirik dan kufur (Fatir:10). Metod perjuangan Islam adalah daripada al-Quran, Sunnah dan Sirah yang merangkumi pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi .
    Sekian, Terima Kasih.


    Wan Fatimah al-Halbani
    Temerloh, PAHANG DM

Post a Comment