Petang tadi aku berkesempatan untuk bersama Pemuda UMNO, Perkasa, 4B dan GERTAK menyerahkan nota bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia, berhubung insiden membakar dan mengotorkan Jalur Gemilang oleh sekumpulan rakyat republik itu.
Nota tersebut diserahkan kepada wakil kedutaan tersebut, Widyarka Ryananta selepas mengadakan pertemuan selama setengah jam.
Tak payahlah aku nak komen banyak sebab aku sesungguhnya kecewa dengan pertemuan bersama Kedutaan Indonesia..... Pada pandangan aku, mereka bukannya nak menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku sebaliknya seperti merelakan apa yang rakyatnya buat di seberang sana....
Sesungguhnya kita sangatlah berbaik hati, membiarkan rakyatnya terus menerus hidup senang lenang di Malaysia, tetapi dalam masa yang sama sahabat dan saudara kita di sana sedang terancam....


11:22 AM
PERKARA BEGINI TERJADI KERANA DAH BANYAK KALI DEPA BUAT MACAM -MACAM KAT KITA TAPI KITA TETAP TAK MELAWAN. JADI NAMPAK KITA MACAM TAKUT SANGAT KAT DEPA. HERAN BETOI.TAK KAN TAK MAU BUAT APA-APA KOT.STOP DULU LA KEMASUKAN PEKERJA SANA KEMARI DAN PULANGKAN PEKERJA YANG DAH HABIS TEMPOH VISA.BANYAK LAGI NEGARA LAIN NAK KERJA KAT SINI.JANGAN BANYAK SANGAT BAGI MUKA KAT DEPA.