Lukman vs Zuraidi = Siapa Orang Ketiga

Semalam, Naib Pengerusi GPMS Kedah, Lukman Moidin mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa serta-merta. Lukman berkata peletakan jawatannya disebabkan oleh beliau hilang keyakinan terhadap persatuan itu ditambah pula dengan usaha-usaha pihak tertentu yang menggunakan GPMS Kedah untuk agenda kepentingan peribadi secara keterlaluan. Sila rujuk di Naib Pengerusi GPMS Kedah Letak Jawatan.

Hari nie plak, Pengerusi GPMS Kedah, Zuraidi Rahim berkata tindakan Naib Pengerusi GPMS Kedah, Lukman Moidin meletak jawatan semalam tidak memberi kesan kepada pertubuhan itu. Beliau sebaliknya mengalu-alukan keputusan itu kerana Lukman dikatakan tidak pernah memberi komitmen dalam program-program yang dijalankan GPMS Kedah. Sila rujuk di Peletakan Jawatan Naib Pengerusi Tidak Beri Kesan Kepada GPMS Kedah.

Kedua-duanya sahabat aku, kedua-duanya aku tahu semangat perjuangannya tinggi malah aku juga tahu, kedua-duanya juga satu ketika masa dulu merupakan sahabat paling akrab dalam GPMS Kedah.

Tapi mengapa jadi begini? Mungkinkah wujud ‘kuasa ke3’ yang cuba memusnahkan dan merobek-robekkan kewibawaan GPMS Kedah seterusnya memusnahkan hubungan akrab Zuraidi-Lukman?

GPMS Kedah ini cukup hebat dengan program-program kemasyarakatannya. Turun jumpa akar umbi, menyelami masalah dan merungkai permasalahan tersebut....tetapi akhirnya ’kuasa ke3’ nampaknya hampir pasti memusnahkan kewibaaan GPMS Kedah.

Siapakah orangnya?

Kita Tunggu sehari dua lagi untuk perkembangan kemelut GPMS Kedah ini, dan kita menunggu suara Presiden GPMS dalam merungkai kemelut tersebut. Aku sebagai sahabat, berharap agar kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik demi kepentingan GPMS dan kepentingan pendidikan anak bangsa, khususnya.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

7 Komen

  1. Anonymous
    3:27 PM

    apa komen timbalan pengerusi & naib-naib pengerusi serta jawatankuasa GPMS Kedah yang lain? dengar cerita yang bersama Zuraidi hanyalah jawatankuasa yang dia lantik sahaja. jawatankuasa yang dipilih oleh perwakilan seperti dah tiada.

  2. Anonymous
    8:10 PM

    Salam Abg RAK. GPMS mengamalkan demokrasi berteraskan perlembagaan GPMS yg sedia ada. Sy ingin beri peluang kpd Pengerusi Negeri Kedah yg dilantik atas cadangan Pengerusi GPMS negeri sblm ini atas sokongan ramai org lama (termasuk sdr Lukman, Naib Pgrsi GP Kedah yg meletakka jwtn ini) bg menyelesaikan masalah ini. Mesy MT GPMS kebangsaan pd Sabtu ini akan menganalisa dan membuat pelbagai kptsn penting. GPMS bukannya hak mana2 individu waima diri sy sendiri. Setiap keputusan adalah berdasarkan suara majoriti.

  3. Anonymous
    8:10 PM

    Sdr. Zuraidi sudah semestinya akan hadir dan membuat penjelsan ttg isu ini. Hal ini adalah masalah dalaman GPMS yg tidak sewajarnya dihebahkan kpd masyarakat luar. Sy minta semua ahli GPMS bertenang dan hentikan komen sehingga Mesy MT sabtu ini menyelesaikan hal ini. Terima kasih atas keprihatinan Abg RAK dan semua pencinta GPMS.

  4. Apalah korang nie.... nak komen pun bagilah nama ker apa.... Takat pakai nama Anon, tak berannn lah....

  5. Anonymous
    9:57 AM

    Tuan-tuan sekalian...
    1. GPMS kedah buat banyak program tetapi mana dia muka-muka AJK yang lama tu. Waima program dana wang saku dan Semai budi masyarakat. Tuan SG pun tau.
    2. Yang saya tau saudara Zuraidi tak pernah paksa untuk turut serta setiap program kerana memahami kesibuka kerja
    3. Hilang kepercayaan kepada pimpinan GPMS negeri adalah satu alasan yang tak munasabah bila GPMS kedah telah berjaya menganjurkan program tanpa bantuan dan sokongan AJK lama yang berkaliber semuanya. Mereka yang menghilangkan diri bukan seperti sudah tiada.
    4. Terdapat sentimen peribadi yang tak perlu orang luar tahu. Dan jangan buat andaian.
    5. ada orang yang hanya mahu jawatan tp tak mampu menanggung amanah yang dibarikan dan bila orang lain buat dia sendiri rasa terhina....
    6. Aku cadangkan biar zuraidi letak jawatan dan biar pengerusi baru buat kerja. Masyarakat akan menilai. Tunggu dan lihat

    Din Kepala Batas

  6. saudara Din Kepala Batas....

    Apa yang saudarakan benar. Saya juga nak beritahu, memang susah nak memimpin nie, tak boleh tengok orang lebih sikit dari kita, mulakah kita mulakan pakatan nak jatuhkan sesama sendiri...

    Saya juga hakikatnya tak mampu memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi. Malah saya juga dah fikirkan untuk menyerahkan kepada yang lain, yang lebih layak untuk memimpin GPMS Selangor pada masa akan datang

  7. Anonymous
    10:55 PM

    GPMS sudah lari dari perjuangan asal.Perjuangan memartabatkan anak bangsa dan ummah sudah berubah kepada perjuangan agenda peribadi semata-mata.GPMS semakin tidak relevan

Post a Comment