Bajet 2012: Iktiraf Generasi Muda Dan Bagi Peluang Untuk Tonjolkan Diri

Tema Belanjawan 2012 ialah membela rakyat dan mensejahtera negara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini lebih menumpukan kepada meringankan beban rakyat bagi menghadapi kos hidup yang semakin tinggi dan merangsang ekonomi Malaysia, ujar Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim.

“Saya Nampak banyak ruang dan peluang yang disediakan termasuk segala bentuk dana, keperluan bagi memudahkan untuk generasi muda menonjolkan potensi. Perkara yang paling menarik yang disebut dalam Bajet, ialah soal inovasi.

Di bawahnya, mempunyai pengiktirafan kepada generasi muda dari segi potensi mereka, ilmu mereka supaya dapat diasah dan ditonjolkan. Dalam masa yang sama, di bawah inovasi itu juga wujud kreativiti,” ujarnya yang juga merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Segala pengiktirafan ini sebenarnya satu harapan besar selain mengiktiraf peranan generasi muda. Soalnya bagaimana generasi muda dapat merebut peluang yang disediakan untuk kita buktikan bahawa harapan itu akan jadi kenyataan.

“Jadi kepada saya, jika disebut satu persatu, ada banyak perkara sebenarnya yang tersedia, terhidang untuk generasi muda mengaplikasikan cabaran kelebihan teknologi yang ada pada hari ini untuk kita sama-sama terlibat dalam proses membina negara termasuk proses membuat dasar.

Keterbukaan untuk memberi cadangan, memberi pandangan terbuka luas. Jadi pada saya bajet pada kali ini sebenarnya secara tersirat memberi satu ruang yang amat luas dalam mengiktiraf generasi muda untuk mereka menonjolkan prestasi diri mereka,” ujarnya lagi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment