Elaun Ahli Parlimen: Pembangkang Kecewa ‘Senjata Makan Tuan’


Pakatan Pembangkang kini sudah ketandusan isu. Tujuan mereka untuk memainkan isu kenaikan elaun Ahli Parlimen baru-baru ini sebagai satu modal dan senjata baru mereka akhirnya memakan diri apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Serin Nazri Aziz telah menerima penolakan elaun yang ditolak sendiri oleh beberapa orang ahli parlimen pakatan pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Sallleh Ungku Jamal berkata, mereka pastinya bukan sahaja kecewa kerana yakin memang ada di kalangan Ahli Parlimen pembangkang sendiri yang mahu elaun ini dinaikkan, namun kita dimaklumkan ada di kalangan mereka sendiri yang marah apabila elaun mereka tidak dinaikkan disebabkan oleh manusia-manusia yang hipokrit ini.

“Akhirnya senjata makan Tuan, inilah sikap hipokrit Pakatan Rakyat dalam menolak cadangan kenaikan elaun ahli parlimen dalam Bajet 2012 baru-baru ini tetapi pada masa yang sama, kenaikan elaun serupa telah diterima oleh Ahli Dewan Uundangan Negeri (ADUN) Selangor sejak Januari tahun ini (2011).

Yang kita kesalkan adalah kerana Azmin Ali sendiri yang telah membawa usul untuk menaikkan elaun ADUN ini di Dewan Undangan Negeri dan disokong oleh TS Khalid Ibrahim sendiri,” ujarnya mengulas sikap hipokrit pemimpin pembangkang yang menolak kenaikan elaun ahli-ahli Parlimen ini baru-baru ini.

Ujarnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor, tidak pula menyanggah atau membangkang kenaikan elaun ADUN di Selangor pun atau mungkin juga elaun RM1 yang dinikmati olehnya sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor turut naik bersama elaun ADUN-ADUN tersebut.

Ini jelas membuktikan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang ini bersifat hipokrit dan masih lagi cuba memperbodohkan rakyat.

Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment