Zul Noordin Sedia Dihadapkan Ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen


Menurut laporan Haprak Daily ….. PAS dan Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul bagi menghadapkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas kenyataannya yang mengelirukan Dewan Rakyat.

Ianya berhubung kenyataan ahli parlimen bebas itu yang mengatakan bahawa "hudud PAS menghalalkan suami meliwat isteri" dan "Mukallaf bagi PAS berumur 18 tahun" ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, hari ini.

Namun mengikut Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berkata, mereka akan menunggu hansard parlimen esok sebelum mengemukakan usul tersebut di bawah perkara 26 (1b) peraturan mesyuarat.

******

Alamak, takkan nak tunggu hansard parlimen….. nak dengar macammana, kalau Salahauddin dengan kawan-kawan pembangkangnya dah jadi macam beruk kar sarkis atau yang dikatakan pemimpin Zoo Negara yang menyalak, memekik-mekik ketika Zul berucap …. Nak dengar macammana ….?

Ini membuktikan bahawa PAS memang sengaja buat macam tu…. Kerana mereka sengaja mahu mengharu-birukan sidang Parlimen semalam, selain menuduh parlimen tidak ‘mencatit sebarang kenyataan dan ucapan’ Zul Noordin di Parlimen semalam ….

Selain tu, Zul Noordin semalam turut bertanyakan di mana wartawan Haprak Daily kerana ketika itulah masa yang paling sesuai untuk mereka bertanyakan tentang apa yang diperkatakan dan diperjuangan oleh MP Kulim Bandar Baharu nie … Zul dalam sidang medianya turut menyatakan kesyukuran kerana pihak PAS dan PKR mahu membawanya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membolehkan Zul mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai Hudud Pas ini kelak ....

Namun aku yang turut serta dalam sidang media tu sedar, bahawa wartawan Haprak Daily memang berada di belakang aku sahaja, kelu tanpa bahasa untuk meminta penjelasan dari Zul Nordin yang datang dengan bukti dan hujah bernas, bukannya macam pemimpin mereka yang macam beruk kena belacan …..



Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment