Seksualiti Merdeka- Satu Lagi Usaha Mengikis Akidah

Sejak akhir-akhir ini, hampir semua pihak mahu kelihatan menyokong pergerakan hak asasi. Setiap yang dikatakan hak asasi mestilah disokong. Hak asasi dan kebebasan manusia sudah menjadi umpama agama baru, setiap yang dikata umpama wahyu, setiap yang disokong umpama ibadah, ujar Pengerusi Kesatuan Pelajar Melayu Selangor (KPPMS Muda), Azwan Mat Yassir.

“Kita harus berhati-hati, aqidah kita sedang diuji dengan pelbagai ujian dan jika kita bertindak menyokong mereka, atau hanya berdiam diri, tidakkah itu bersekongkol namanya? Apakah hukumnya jika kita menyokong perkara ini? Al-Quran dengan tegas melarang perkara ini, dan sebagai umat Islam kita wajib percaya kepada Al-Quran. Jika kita menyokong perkara ini tidakkah ini boleh membawa kepada kekufuran?

Mungkin dari sudut undang-undang mereka ini tidak melakukan sebarang kesalahan, tapi dari sudut agama bagaimana? Siapakah dia yang mahu menjadi juara mempertahankan hak Islam? Terus terang saya katakan bahawa saya meragui pihak PAS akan menjuarainya. Himpunan Sejuta Ummah pun tidak berani hendak disokong, lagi pula hendak melarang rakan kongsinya melakukan perkara-perkara yang mungkar sebegini?,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, KPPMS Muda mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap penganjur bagi memastikan program ini dibatalkan demi menjaga keamanan dan keharmonian agama dan kaum di Malaysia.

"Negara ini mempunyai nilai dan sistem yang perlu dipatuhi. Bahkan amalan luar tabii itu sangat ditegah dalam Islam malah agama lain juga melarang perbuatan itu.

Jika program tersebut benar-benar bermatlamat untuk mengiktiraf hak sesetengah pihak yang mempunyai kecenderungan seks yang songsang termasuklah golongan gay dan lesbian, ia perlu dicegah dan ditentang. Ini merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseks,” tambahnya.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment