Anwar Desperado: Buat Apa Sahaja Asalkan Terus Dapat Sokongan Barat


Datuk Seri Anwar Ibrahim ini merupakan seorang individu yang telah sampai ke perinkat yang desperado. Beliau akan buat apa sahaja untuk dia menjadi juara sama ada dalam Negara, di rantau Asia atau di peringkat antarabangsa, ujar mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

“Jadi hubungan dia dengan individu tertentu di Amerika Syarikat semua orang tahu. Hubungan dia dalam kerajaan dan selepas dia tidak ada dalam kerajaan.

Jadi hubungan ini dia kena teruskan untuk mendapatkan sokongan dalam agenda politiknya dalam negera kita. Dia nak bayangkan kepada orang di sebelah sana bahawa apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Malaysia pada hari ini semuanya salah,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang Kedah.

Tambahnya, untuk tujuan tersebut, Anwar tidak kisahlah kalau dia katakan, ‘saya menyokong, saya bersimpati dengan Israel’ sebab lebih mustahak agenda antarabangsanya tidak dihalang di peringkat antarabangsa.

“Dia nak, tak kira apa sahaja asalkan dia lepas karier politiknya khususnya Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Hidup atau mati, kalau dia tak lepas PRU-13 ini, habislah dia,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Parti PKR ketika ditemubual akhbar The Wall Street Journal di Ibu Pejabat PKR secara terbuka menyatakan sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan Israel.

Kenyataan Anwar bagaimanapun mendapat kritikan hebat tokoh agama dan pemimpin politik di Negara ini termasuk PAS yang menyifatkan sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan Israel sebagai haram dan dilarang dalam Islam.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment