Janji PRU12 PAS Kedah Hanya Omong Kosong- Zubir


Janji untuk menambah pendapatan penternak keli melalui program Kedah Agro dan janji Dana Teroka untuk peniaga Bumiputera yang dilaungkan dalam Manifesto Kedah Sejahtera PAS Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu hanya sebagai janji kosong yang ditawarkan untuk mengaburi mata rakyat dan sehingga ke hari ini, semua janji-janji tersebut hanya tinggal janji, ujar EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Zubir Zabidi.

Tambahnya, projek-projek ini semuanya gagal dan sehingga ke hari ini, tidak ada pun projek penternakan ikan keli, projek keli dalam tin dan sebagainya, kerana semuanya hanya cakap kosong.

“Dengan slogan mereka, ‘Kedah Sejahtera-Nikmat Untuk Semua’ sehingga ke hari ini apa sahaja yang dlaungkan untuk menakluk hati rakyat Kedah, langsung tidak dilaksanakan.

Semua tu sekadar janji kosong, sekadar menyedapkan halwa telinga rakyat sebaliknya apa yang mereka buat, hanya mementingkan kuasa yang mereka ada untuk memerintah. Mereka hanya sekadar menjaga kerusi mereka (ADUN) kerana itu periuk nasi mereka,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, setelah tiga tahun kerajaan PAS memerintah Kedah, bukan setakat janji kosong malah tidak ada satu pun transformasi yang dibuat demi melaksanakan slogan ‘Kedah Sejehtara-Nikmat Untuk Semua’, yang akhirnya menderita adalah rakyat Kedah sendiri.  

Dalam masa yang saya, beliau melihat usaha Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang mengajak rakyat untuk membuat manifesto baru menjelang PRU-13 sebagai satu usaha menutup kelemahan yang lalu.

“Sebenarnya mereka tak mampu melaksanakan apa yang telah mereka janjikan dahulu dan hari ini mereka nak bagi kita lupa, rakyat lupa dengan janji-janji yang lalu dan mencipta janji-janji yang baru. Seolah-olah mereka mencipta harapan baru kepada orang ramai dengan apa yang nak dilaksanakan di masa hadapan.

Tapi sebenarnya, yang sebelum ini pun belum terlaksana, bagaimana yang ke hadapan pula mereka nak buat. Bagi saya, semuanya retorik, semuanya karut belaka untuk menagih simpati, untuk menagih sokongan daripada rakyat. Bagi mereka  yang masih meletak harapan kepada kerajaan PAS, saya rasa baliklah, sedarlah apa yang mereka buat ini satu kesilapan,” tambahnya lagi. 
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment