Puteri UMNO Hairan Pas Lebih Suka Lihat Perpecahan Orang Melayu


Pergerakan Puteri UMNO hari ini menyanggah kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad  bahawa perpecahan undi di kalangan orang Melayu harus dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah kepada rakyat negara ini.

Ketua,  Sebagai seorang pemimpin parti yang mendakwa memperjuangkan Islam iaitu agama yang dianuti orang Melayu di negara ini, kenyataan tersebut sama seperti menyokong perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia.

Puteri UMNO hairan dengan tindak-tanduk pemimpin Pas yang gemar kepada perpecahan dan permusuhan malah dalam banyak keadaan mereka lebih rela bekerjasama dengan orang bukan Islam dan tergamak mengetepikan penyatuan orang Melayu beragama Islam di negara ini. 

Kenyataan Dr. Dzulkefly itu seolah-olah menggambarkan betapa bangganya beliau dengan perpecahan undi Melayu di negara ini sehingga ada negeri jatuh kepada parti bukan Melayu dan dikuasai oleh orang bukan Melayu sehingga nasib Melayu terpinggir dan tidak terbela.

Sudah tiba masanya untuk orang Melayu bermuhasabah diri dan merenung secara mendalam setiap kenyataan yang dibuat pemimpin beragama Islam, berbangsa Melayu tetapi mereka lebih suka melihat Melayu berpecah sedangkan Barisan Nasional (BN) bersusah payah mahu menyatukan orang Melayu untuk memastikan kedaulatan negara ini terus terpelihara.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment