Hari nie ketika aku berjumpa dengan seorang sahabat di PWTC, aku
terkejut apabila beberapa helicopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
berlegar-legar di sekitar bangunan PWTC.
Dalam masa 10 minit, tiba-tiba terdengar letupan dan
tembak-menembak… aku bergegas ke tempat kejadian, kelihatan skuad Komando Gerak
Khas sedang berbalas tembakan dengan satu pihak yang pada jangkaan aku,
merupakan pasukan pengganas…..
Berikut adalah beberapa keeping gambar yang sempat aku ambil…..
kerana keadaan yang tidak mengizinkan untuk aku mendekati mereka……
10.00 am: helikopter TUDM berlegar-legar sekitar PWTC sejak jam 9.45 pagi. |
10.05am: Heli mendapat di jambatan Sungai Gombak |
10.15am: Kelihatan Komando Kerak Khas melakukan operasi 'menyelamatkan' tebusan |
10.20am: `Tebusan' berjaya diselamatkan. |
10.30am: Komando Kerak Khas bergerak meninggalkan musuh yang terkorban. |
10.35am: Kelihatan penculik yang terkorban. |
10.45am: Pasukan ATM tiba untuk membuat operasi pembersihan. |
Hakikatnya, ini merupakan pertunjukkan oleh pihak ATM sempena
pameras DSA Defend Services Asia…..
Apapun, walaupun pasukan keselamatan kita hebat dan cekap, namun
harga sebuah kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini harus kita
pertahankan.
Jangan biarkan Negara kita diceroboh. Jangan biarkan mereka masuk
dan menakluk Negara kita dengan sewenang-wenangnya, yang nampaknya semakin
berminat untuk menakluk Malaysia, walaupun tidak secara kekerasan, tapi mereka
cuba masuk dengan cara yang cukup halus menerusi NGO dan parti-parti politik
pembangkang….
Dana diberikan secara senyap dalam usaha menjayakan misi yang
hanya mereka yang tahu ….
Untuk apa ….
Siapa pengantara mereka di Malaysia .....
Terserahlah kepada korang di luar sana untuk memilih antara pejuang dan pembelot.....
Hargailah kemerdekaan Malaysia, demi masa depan generasi kita di masa depan...
10:46 PM
Kerak?
11:06 PM
Helikopter tu PUTD bukan TUDM.
12:18 AM
Kakakakaka!!!! Gerak Khaslah bukan kerak.....