“BN Lembah Pantai telah menerima aduan penduduk dari Flet Sri
Pahang bahawa mereka mendapat surat dari Nurul Izzah yang memaklumkan nama
mereka telah dikeluarkan dari daftar pemilih SPR terkini sedangkan nama mereka
ada pada 2008, malah ada waris pengundi (pengundi telah meninggal dunia) turut
menerima surat tersebut.
Orang dan masyarakat Flet Sri Pahang ini bukan buta IT, mereka
juga faham dengan status mereka sebagai pengundi kerana pihak SPR ini boleh
dihubungi terus melalui telefon, boleh semak di internet dan terbaru, boleh
semak status pengundi kita melalui system pesanan ringkas (sms),” ujarnya
kepada pemberita di Rumah BN Lembah Pantai sebentar tadi.
Namun apa yang dikesalkan, selepas disemak oleh pengundi tersebut,
nama mereka masih lagi pengundi di Lembah Pantai sedangnya melalui surat yang
diterima, nama mereka sudah dibuang dari daftar pemilih.
“Jika selama ini, YB Nurul Izzah selalu mengatakan terdapat
pengundi hantu terutamanya di Lembah Pantai, apa yang kita nak istilahkan YB
Lembah Pantai ini kita tak tahu, mungkin beliau adalah wakil rakyat Zombie.
Dalam masa yang sama, beliau maklumkan terdapat satu lagi surat
yang sama, satu nama ini telah dibuang dari daftar pemilih. Sampai kepada waris
kerana penama ini telah lama meninggal dunia.
“Jadi apabila waris ini menyemak, memang nama itu dah tidak ada
dalam daftar pemilih SPR, dan apabila disemak dengan pihak SPR, memang orang
yang telah meninggal, namanya akan dikeluarkan.
Jadi apa yang dibuat oleh wakil rakyat Lembah Pantai ini bukan
sahaja menghuru-harakan, tetapi juga mengelirukan dan juga secara tidak
langsung, dia telah menghina SPR dan
menghina keluarga si penama ini,” ujarnya lagi.
Ini menunjukkan bahawa SPR telah membuat kerjanya, membuang
nama-nama yang telah meninggal dunia dikeluarkan dalam daftar SPR tetapi di
pihak Wakil Rakyat Lembah Pantai, mereka mengapi-apikan pula perkara ini.
Sehubungan dengan itu, penama-penama yang telah menerima surat tersebut telah
pun membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.
“Kita melihat perkara ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk
menimbulkan kemarahan, menimbulkan kekeliruan dan secara tidak langsung menagih
simpati untuk meramaikan orang pada 28 April ini untuk perhimpunan Bersih. Itu taktik
mereka.
Yang lebih menarik, dalam surat tersebut mereka menyebut untuk
membantu menjamin pilihan raya yang bebas dan bersih, PKR Lembah Pantai meminta
penama-penama tersebut menghubungi atau datang terus ke Pejabat Wakil Rakyat
Lembah Pantai di Pantai Dalam, ini kerja mudah wakil rakyat zombie, edar surat
dan suruh datang ke pejabatnya untuk semak perkara tersebut,” tambahnya.
Berbagai-bagai taktik yang dibuatnya dalam menuju PRU13, selain
bertujuan menarik orang ke perhimpunan Bersih, 28 April ini. BN Lembah Pantai
juga berharap, tuduhan-tuduhan ahli-ahli parlimen pembangkang selama ini
terhadap pihak-pihak Badan Berkanun,
pihak-pihak berwajib seperti SPR dan sebagainya, apa yang Nurul Izzah buat ini
membuktikan segala apa yang mereka perkatakan selama ini merupakan penipuan,
dan satu lakonan semata-mata untuk menagih simpati rakyat.


10:23 PM
Dah lama x jumpa Haji dan kawan kawan masa Pemuda dulu.
Teruskan perjuangan.Saya akan terus menyokong.
Rahim
X Setiausaha Pemuda
Kampung Kerinchi.