Mangsa banjir di pusat pemindahan Kampar berkurangan


Gambar Hiasan

Jumlah mangsa banjir di Kampar berkurangan kepada 313 orang setakat pukul 10 pagi ini selepas 22 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

Mereka yang terdiri daripada 95 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata ini berikutan paras air Sungai Kampar mula surut dan keadaan banjir di beberapa buah kampung pulih seperti biasa.

Antara kampung terlibat banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat pada Rabu lepas menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terlibat menyebabkan lebih 1,000 mangsa dipindahkan.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment