Konvoi Pusing Putrajaya sempena Himpunan Jutaan Belia Hari Belia Negara 2012


Hari ini berlangsung satu majlis konvoi yang disertai oleh pemilik motosikal dan kereta berkuasa tinggi, konvoi tersebut bagi mempromosikan Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena Hari Belia Negara 23 Mei – 27 Mei 2012.

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia, turut hadir, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Himpunan Jutaan Belia 2012 mula berlangsung hari ini hingga 27 Mei di Putrajaya telah dipilih tersenarai antara 10 Karnival terbesar di dunia.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Karnival bersempena dengan Sambutan Hari Belia 2012 itu telah berjaya mensasarkan jumlah Sejuta Pengunjung pada tahun lalu.

Bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Ini ”, sambutan tahun ketiga kali ini bakal menyaksikan kehadiran dan penyertaan seramai dua juta belia hadir iaitu kenaikan sekali ganda daripada pencapaian sambutan HBN tahun lepas.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.