Nurul Izzah & PKR hanya main wayang untuk burukkan UMNO & BN


“Saya sempat melihat beberapa rakaman video di laman Youtube, berhubung insiden di Perumahan Pantai Permai, Lembah Pantai, sebaik terbaca kenyataan dalam akhbar tempatan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa dia ada bukti video terhadap insiden tersebut dan seterusnya menolak dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan provokasi ketika ceramah.

Saya mengulangi kenyataan bahawa tiada siapa yang boleh kata secara tepat sebenarnya dari mana datangnya objek-objek, dan dari mana bermulanya balingan objek-objek yang terkena para hadirin dari kedua-dua belah pihak,” ujar Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Datuk Mohamad Sazali Kamilan.

Tanbahnya, setakat menuduh sepertimana yang dibuat oleh Nurul Izzah memang mudah. Apa buktinya orang UMNO yang baling sehingga ada yang cedera. Yang kita tahu Anwar tiba-tiba tuduh Pemuda UMNO yang baling batu. Selepas itu, Anwar hambur kata-kata yang menghina Pemuda UMNO. Dia kata Pemuda UMNO “sial” Pemuda UMNO “celaka”.

Nurul Izzah sepatutnya takrifkan mana satu dari suntingan video tersebut yang dikatakan keganasan orang UMNO. Nurul Izzah sila jawab sekiranya sorakan dan “boo” itu adalah keganasan. Sebenarnya bukan UMNO sahaja tetapi orang awam di sekitar perumahan tersebut juga menyampah dengan kehadiran Anwar. Mereka bercakap sesama sendiri “apa lagi yang Anwar nak bohong”.

“Saya dimaklumkan, pada ketika ada seorang ahli mereka terkena balingan objek, terdapat ahli UMNO berbaju merah dan berlogo UMNO di kawasan ceramah mereka yang membantu ahli mereka (PKR) yang cedera itu. Kalau betul Pemuda UMNO yang buat (balingan tersebut) kenapa tidak “pegang” dia.

Saya difahamkan laporan polis juga telah dibuat oleh pihak Nurul Izzah. Maka, biarlah pihak polis buat siasatan. Ekoran itu, saya juga menyelar sikap dolak dalik Nurul Izzah. Sekejap tak percaya polis, sekejap percaya pulak. Selain itu, seringkali secara konsistan mereka tak percaya kepada video. Mereka mengatakan video boleh diedit dan dimanipulasi mengikut kehendak dan kepentingan sesuatu pihak. Siapa yang boleh menentukan pihak mana yang memulakan keganasan. Yang tak dinafikan oleh mana-mana pihak, video ataupun tidak adalah kata-kata kesat Anwar kepada Pemuda UMNO,” ujarnya yang juga Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai.

Justeru itu, yang ingin kami ketengahkan ialah politik provokasi yang diamalkan oleh mereka, yang konsistan sepertimana dalam Bersih 3.0 tempohari. Kami yakin semua gambar dari video tersebut akan disunting untuk diposterkan sewaktu PRU sepertimana poster “mata lebam” pada PRU lepas-lepas.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    12:08 PM

    Nurul ni ade Mak tiri tapi isteri orang Bukan isteri baPAK dia

Post a Comment