Lynas- Che Rosli Panaskan Lagi Bontot Rakan SePakatan Rakyat


Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat hari ini memanaskan bontot rakan-rakan seperjuangan dalam PAKATAN RAKYAT apabila bangun ketika perbahasan isu Lynas pagi tadi ……  mengakui tahap radiasi kilang berkenaan adalah selamat.

Ketika ditemui di luar Dewan, sekali lagi beliau menegaskan tahap radiasi projek Lynas memang rendah.

Bagaimanapun katanya, perkara-perkara lain termasuk jika berlaku kebocoran atau radiasi itu tersebar dalam air perlu diteliti kesannya pada hidupan laut.

"Itu saya tak berani nak sebut. Dari segi radiasi memang saya tahu sebab saya sendiri ukur. Yang lain-lain saya tak tahu biar pakar lain yang cakap.," ujarnya.

Beliau turut berpuashati dengan laporan oleh jawatankuasa berkenaan kerana mengutp masalah-masalah masyarkat sekitar.

"Memang betul, saya setuju. Tapi banyak lagi data-data perlu diberikan tumpuan untuk pastikan Lynas benar-benar selamat," tegas Dr Rosli.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.