Hulu Selangor Catat Sejarah Wujud Rumah Urut – Isa Kassim


Tidak pernah dalam sejarah wujudnya rumah urut di Hulu Selangor, khususnya di kawasan Batang Kali ini namun kini, secara kasarnya sudah nampak tiga buah rumah urut di sini, satu sejarah baru yang ditempa sejak kerajaan Pakatan Pembangkang memerintah Selangor, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim.

Tambahnya, hakikatnya ianya lebih dari itu malah kewujudan hotel-hotel bajet di kawasan Batang Kali juga menyumbang kegiatan-kegiatan tidak bermoral, contohnya baru-baru ini ada budak sekolah yang ditangkap di hotel bajet tersebut kerana melakukan kegiatan maksiat.

”Saya hairan dengan dasar kerajaan negeri yang membenarkan pembukaan rumah-rumah urut dan hotel bajet di kawasan luar bandar contohnya di kawasan Batang Kali ini.

“Dalam masa yang sama, ini juga melambangkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bukan sahaja Menteri Besar tetapi juga EXCO Agama Islam yang jelas menjadi patung kepada DAP, membenarkan apa sahaja kemungkaran yang berlaku tanpa ada batasannya. Dia tak boleh buat apa di negeri Selangor ini melainkan mengikut telunjuk DAP,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan persatuan-persatuan pengguna mendakwa kebanjiran pusat-pusat urut dan hiburan di Selangor bukti kerajaan negeri itu tidak sensitif terhadap keselamatan dan keselesaan rakyat.

Berikutan itu, mereka mahu kerajaan negeri terbabit menjelaskan rasional tindakan pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) meluluskan operasi pusat urut dan hiburan terutama yang bertumpu di kawasan-kawasan komersial berhampiran kediaman penduduk.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

56 Komen

Post a Comment