Khalid Makin Pening ..!!!! Unisel For Sale ....


Ini adalah laporan audit unisel yg telah ditandatangani oleh MB dan juga pegawai kewangan negeri Dato Arif Rahman. 

Kenyataan bahawa kewangan unisel perlu diselaraskan adalah satu pembohongan untuk menutup kelemahan mereka.  

MB sendiri telah memanggil auditor yg membuat audit ini dan memarahi mereka kerana membocorkan laporan audit tersebut.

Berdasarkan polisi Unisel, pendapatan Unisel adalah dari yuran pengajian dan juga yuran penginapan yang diberikan kepada pelajar dan ianya diiktiraf sebagai pendapatan secara rasmi apabila yuran pengajian dan yuran penginapan diterima daripada pelajar.

Pendapatan syarikat dari tahun 2008 sehingga 2010 adalah menurun dan agak merundum. Pada tahun 2008 pendapatan tahunan adalah sebanyak RM 94.40 juta, tahun 2009 ianya menurun sehingga RM 93.51 juta manakala pendapatan 2010 ianya terus merundum sehingga RM 75.48 juta.

Perbezaan penurunan pendapatan syarikat dari tahun 2008 sehingga 2009 adalah sebanyak RM 890,911 atau berkurangan sebanyak 0.94%, pendapatan dari tahun 2009 sehingga 2010 menurun sebanyak RM 18,033,558 atau berkurangan sebanyak 19.28% manakala dari tahun 2008 sehingga 2010 pendapatan terus merundum dengan perbezaan sebanyak RM 18,924,469 atau menurun sebanyak 20.05%.

Kerajaan PKR Sgor pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah pelajar Unisel mencecah 13 ribu orang. Kemanakah duit PTPTN yang dibayar oleh pelajar2 pergi?
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.