Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk
Seri Noh Omar menyifatkan, kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Parti
Keadilan Rakyat (PKR) takut kehilangan kuasa dan seperti langsung tidak mahu mengadakan
Pilihan Raya. Ujarnya, mereka sudah tamak kuasa, sudah gila kuasa.
“Kalau boleh, tidak ada pilihanraya di negeri Selangor. Saya
berkata demikian kerana sebab-sebab yang diberi mereka tidak konsisten. Tahun
lepas, Menteri Besar buat kenyataan, kalau pilihanraya umum akan diadakan dalam
bulan Jun (2012), beliau kata Selangor tidak akan turut serta, sampai ke hari
ini, September tidak ada pilihanraya.
Perangai pembangkang ini, mereka hanya suka membuat persepsi negatif
tentang apa sahaja yang kerajaan nak buat. Sekarang ini, mereka kata pula mereka tidak
akan menyartai pilihanraya serentak. Saya nak Tanya Anwar Ibrahim ini, dia tahu
ke bila pilihan raya umum ini?,” ujarnya mengulas kenyataan Anwar Ibrahim
semalam bahawa Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan
dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum.
Tambahnya, andainya PRU13 diadakan sehingga cukup tempoh, adakah
ketika itu Selangor berdegil tidak mahu membubarkan dewan (DUN Selangor) dan ketika itu, masalah pengundi yang mereka
uar-uarkan ini belum selesai, adakah mereka tak mahu parlimen dibubarkan?
“Dia pula yang lebih tahu dari Perdana Menteri, bila PRU. Kita pun
tak tahu bila, seolah-olah macam kita
ini nak buat pilihanraya umum esok sahaja.
Sebab tu saya kata, PKR Selangor ini, kalau boleh dia tak mahu
mengadakan pilihanraya ini. Mereka tak mahu balik kepada demokrasi, dia dah
berkuasa sekali dia takut untuk menghadapi rakyat kerana dia tahu rakyat sudah
tidak lagi memberikan sokongan kepada mereka.
Agaknya kalau Perlembagaan boleh tangguh lagi lima (5) tahun, lagi lima
tahunlah dia akan buat.
Sekarang ini dia kata senarai pengundi tak bersih. Saya nak cabar
kerajaan negeri Selangor, jangan tengok yang telah daftar. Tolong istiharkan,
ambil senarai di SPR, rakyat Selangor yang layak mengundi tetapi belum lagi
mengundi. Dekat-dekat 600 ribu kalau tak silap,” ujarnya lagi.
Noh mempersoalkan, mengapa mereka yang berjumlah 600 ribu ini yang
tidak diperjuangkan? Sepatutnya kerajaan negeri perlu mengeluarkan bajet, dia
kena kempen habis-habis untuk menegakkan demokrasi di mana rakyat harus diberi
peluang untuk mengundi, ini yang patut mereka fikirkan mereka yang layak
mengundi ini.
“Saya dengar kerajaan negeri ada peruntukan khas nak semak balik
yang dah daftar ini betul atau tidak
betul. Apa kerja kerajaan negeri sebenarnya ini? Cakap soal demokrasi. Sepatutnya
dia kena berterima kasih kepada usaha-usaha yang dibuat oleh rakyat, kempen
yang dibuat oleh SPR, nak mengalakkan rakyat lebih ramai yang mengundi, tetapi
hari ini kerja dia (Pakatan), betul atau tidak pendaftaran tersebut.
Ini menunjukkan mereka dah mula takut. Dia sengaja nak cari
alasan, ini cara pihak pembankang, mereka cuba mereka isu dan akan jadi
penyebab untuk mereka memberontak, untuk mereka protes keputusan pilihanraya.
Jika mereka kalah dalam pilihanraya, mesti mereka akan kata ini pengundi hantu.
Mana ada istilah pengundi hantu ini.
Sebab itu, pembangkang dah create
suasana untuk mencari sebab. Mereka tahu meraka akan kalah, jadi jika mereka
kalah, mereka tidak akan mengakui kelemahan mereka sebaliknya tuduh kita main
kotor,” tambahnya.
Beliau turut yakin bahawa Bersih akan diteruskan, sebab
pembangkang percaya budaya keganasan, dengan budaya reformasi, dengan budaya
demostrasi, yang mampu menarik minat rakyat sebagaimana yang mereka buat sebelum
ini.
“jangan buat macam-macam persepsi, ini persepsi untuk beritahu
rakyat bahawa mereka sudah tidak berani untuk menyerahkan kuasa kepada rakyat. Itu
sahaja tujuannya, dan kalau boleh tidak ada pilihanraya, mereka lebih suka. Itu
yang selalu mereka buat kecoh tu,” tambahnya lagi.
3:18 AM
hMpi ghd australia
oJvl ugg sale
oCzl michael kors outlet
2aFvo ugg boots
0tJqe chi iron
4rMim ghd australia
1vVik nfl jerseys
3gKsh ghd hair straighteners
6uPko cheap north face
7cDxc botas ugg españa
3uMwt ghd uk
3uOdu michael kors purses
6iFsc cheap nfl jerseys
7pLcs planchas ghd baratas
7fLzc discount uggs
8:23 PM
bIec coach
qAhq ugg store
dIfz michael kors purse
6oBll ugg boots sale
6lQbx chi hair straightener
5kBqh michael kors outlet
0iVgp cheap nfl jerseys
0zLyg coach outlet store
4bZfj north face outlet
7qFex botas ugg baratas
4xZxu purple ghd
8nGno michael kors purse
1lNnm nike nfl jerseys
2mFsi plancha ghd
7lPld ugg boots sale