PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya
semalam, menafikan lawatan kemanusian beliau ke Gaza kelmarin adalah cubaan
untuk masuk campur tangan Palestin.
Lebih dari itu, Najib telah pun menghubungi Presiden Palestin, Mahmod
Abbas untuk memaklumkan kehadiran beliau di Gaza sebelum itu.
Justeru tidak timbul persoalan bahawa Mahmod rasa terhina dengan
lawatan tersebut kerana Najib sudah memaklumkan beliau terlebih dahulu. Najib bukan bodoh.
Kenyataan ini adalah bagi membalas kritikan pembangkang yang
tercabar dengan lawatan Najib ke Gaza.
Maklumlah, pemimpin-pemimpin pembangkang hanya berani bercakap dan
berdemo dalam negara kononnya untuk membela rakyat Palestin di Gaza, sedangkan
Najib masuk sendiri ke Gaza untuk melihat keadaan disitu dan menghulurkan
bantuan.
Penulis ambil inisiatif untuk siasat pihak mana yang sebar berita
kata Mahmod marah Najib masuk Gaza sedangkan Mahmod telah dimaklumkan terlebih
dahulu oleh Najib berhubung kunjungannya itu.
Rupanya yang pertama melaporkan berita ini adalah akhbar Israel,
The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Region, yang kemudian
berebut-rebut dikutip puak pembangkang ini.
Nampak tak terdesak tak terdesak puak-puak ini. Punyalah rasa tercabar dengan kunjungan Najib
sehinggakan berita dari akhbar Israel pun dikutipnya untuk dijadikan
bukti. Sudahlah tu, sumber rujukan bukan dari Pejabat Mahmod sendiri, sebaliknya
entah dari siapa pun tak dinyatakan.
Cakap pasal sumber rujukan ini juga, setelah penulis lihat di
blog-blog pembangkang ini, bercampur-campur.
Macam-macam pihak yang dikatakan keluarkan kenyataan itu, tapi semuanya
bukan dari pejabat Mahmod Abbas sendiri.
Sudah tentu Israel tidak senang dengan kunjungan pemimpin dari
Malaysia kerana sekutu mereka, Anwar Ibrahim ada sini. Anwar janji nak lindungi keselamatan Israel,
datang Najib, buat lawatan kemanusiaan ke Gaza pulak, sakit hatilah mereka.
Maka itu berita itu ditulis sedemikian rupa oleh akhbar Israel,
mengikut telunjuk Anwar yang punya rangkaian pro Yahudi yang hebat di Amerika
Syarikat dan Israel sendiri.
Inilah dia berita yang kemudian dikutip blogger pro Pakatan untuk
menghina dan merendahkan lawatan Najib.
Part gebang tak hengat ini serah saja pada mereka.
sumber: MyKMU
11:31 AM
Hammm PEEEHHHH