Entahlah… idea sapa aku pun tak pasti tapi nampaknya Anwar Ibrahim
memang bengang gila dengan Datuk Seri Najib Razak apabila ideanya untuk
memberikan permit-permit teksi individu telah dilaksanakan oleh Najib baru-baru
ini apabila memberikan 1000 permit teksi individu …..
Kah-kah-kah …. Idea Anwar atau PR kononnya…. Orang yang paling
bangang ialah Pengarah Strategiknyalah kerana sebagai juruSALAK PR, Rafizi
Ramli muncul mengatakan Najib meniru dasar PR…..
Aku rasa mamat nie memang tak cukup kajian kot …. Jika sebelum
ini, Noh Omar telah menempalak Rafizi…. Malam nie aku nak keluarkan satu
kenyataan akhbar bertarikh ISNIN, 30 Jun 2008 untuk Rafizi buat kajian
menyeluruh sebelum menuduh Najib dan BN meniru dasar PR haprak tu ……
KENYATAAN AKHBAR Y.B DATO NOH BIN
HAJI OMAR
MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN
KOPERASI
MENGENAI PENGELUARAN LESEN TEKSI
KEPADA PENGUSAHA INDIVIDU DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN TEKSI DI SEMENANJUNG
MALAYSIA - ISNIN 30 JUN 2008
1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun yang lalu telah meluluskan
cadangan untuk membuka semula permohonan lesen teksi kepada individu secara
berperingkat-peringkat. Pengeluaran 3,000 lesen kepada pemandu individu akan
memberi peluang kepada pemandu-pemandu tulen (genuine) memiliki lesen sendiri
dan dapat mengurangkan persepsi negatif mereka terhadap Kerajaan.
2. Beberapa kriteria khas akan dipertimbangkan bagi permohonan
ini. Antaranya :
i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak melebihi 60 tahun pada tarikh memohon;
iii. pemohon mestilah ahli kepada pertubuhan yang berkaitan dengan
pengangkutan awam teksi (koperasi atau persatuan);
iv. menjalani kursus anjuran MECD;
v. bebas daripada kes jenayah dan penyalahgunaan dadah serta tiada
tunggakan saman lalulintas;
vi. mempunyai kesihatan yang baik dan diwajibkan menjalani
pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun; dan
vii. bersedia mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh
MECD.
3. Pelaksanaan pemberian lesen kepada individu sebanyak 3,000 lesen
akan meningkatkan nisbah pemilikan lesen teksi individu berbanding syarikat
daripada 35% : 65% kepada 40% : 60%.
4. Pengeluaran 3,000 lesen teksi akan meningkatkan penawarannya di
pasaran bagi memenuhi keperluan semasa. Kualiti teksi diharapkan dapat ditingkatkan
memandangkan tanggungjawab sebagai pemilik lesen diletakkan sepenuhnya terhadap
individu tersebut dan LPKP akan memantau pemiliknya melalui koperasi dan
persatuan yang dianggotainya.
5. Pihak syarikat akan meningkatkan kualiti perkhidmatannya dan
mengubah pendekatan perniagaan dengan menggaji pekerja atau menawarkan saham
kepada pemandu memandangkan pemandu sedia ada telah diberikan lesen individu
dan akan berlakunya kekurangan penyewa teksi / pemandu syarikat.
6. Bagi memastikan matlamat menambah baik perkhidmatan teksi di
Semenanjung Malaysia tercapai, pemegang permit individu dikenakan syarat
sebagaimana berikut:-
(a) larangan memajak permit teksi individu kepada pihak ketiga;
dan
(b) menetapkan tempoh masa minimum harian operasi teksi. Ini bagi
mengelakkan masalah kekurangan teksi berikutan sikap pemandu teksi individu
yang mudah berpuas hati apabila sudah mendapat hasil harian yang mencukupi.
7. Sehingga 31 Disember 2007, Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan (LPKP) telah mengeluarkan sebanyak 28,292 lesen teksi di seluruh
Semenanjung Malaysia. Sebanyak 18,905 (65.4%) lesen teksi telah dikeluarkan
kepada syarikat dan koperasi serta bakinya 9,387 lesen (34.6%) kepada individu.
*** Rafizi tak tido
malam memikirkan kebangangannya selama nie …..
11:39 PM
hahahahhaha
bodoh la kau ni rafizi. Dapat cincin dah jadi bodoh. Macam ni ke best student MCKK?
hahahhaha
11:30 PM
yg komen di atas ni lg bodoh..cincin x dapat..best student mckk pon xdpt..