Jom ke Klinik Usahawan Warga Industri 1Malaysia (KUW1M)

Golongan muda khususnya warga industri disaran merebut peluang dengan memanfaatkan program Klinik Usahawan Warga Industri 1Malaysia (KUW1M)sebagai platform melahirkan lebih ramai usahawan berjaya.
Program yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu, menyasarkan warga industri (kolar biru) supaya lebih terbuka dan positif dalam meneroka bidang keusahawanan untuk meningkat taraf hidup.
Pengarah Program, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, program ini sebagai transformasi minda peserta untuk lebih positif dan berdaya saing dalam melahirkan lebih ramai usahawan muda.
“Saya percaya KUW1M akan membuka minda orang ramai mengenai perniagaan dan membantu mereka dalam melihat peluang, potensi dan bantuan yang disediakan pihak kerajaan.
“Dengan itu, dapat meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan masa depan yang lebih cerah kepada warga industri,” katanya.
Program KUW1M adalah antara inisiatif kerajaan dalam membantu meningkatkan taraf hidup warga industri terutama golongan muda.
Melaluinya, warga industri akan diberi latihan dan keyakinan kendiri yang tinggi serta pendedahan berkenaan peluang perniagaan dan keusahawanan yang disediakan kerajaan melalui agensi terlibat.
Program itu dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn. Bhd. Richwell) melalui kerjasama pakar motivasi potensi diri, Dr Azizan Osman.
Nazir yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda Umno berkata, Dr Azizan seorang mentor dan ikon unik yang terkenal melalui kaedahnya yang ringkas dan mampu mengubah minda.
“Bukan semua orang atau pakar motivasi mampu untuk mengubah minda seperti mana yang diterapkan Dr Azizan.
“Justeru dengan pengalaman yang dimiliki beliau dan berdasarkan rekod pencapaiannya, mencetuskan inspirasi bagi penganjuran program seperti ini,” katanya.
Sehingga semalam, KUW1M menerima 17,000 penyertaan seluruh negara selepas dua minggu penyertaan dibuka dan dijangka terus mendapat sambutan.
Sehubungan itu, Nazir berharap lebih ramai warga industri merebut peluang menyertai program ini yang diadakan di 10 lokasi utama seluruh negara bermula 23 Mac ini.
 “Jika kita dapat menarik 30,000 pekerja kolar biru untuk fasa pertama ini pun cukup sebagai permulaan baik untuk ke fasa berikutnya,”katanya.
Pendaftaran secara percuma masih lagi dibuka kepada warga industri yang berminat dengan melayari laman sesawang www.beraniberniaga.com.
KUW1M bakal dilancarkan pada 23 Mac ini, di Dewan Wawasan Wisma PGRM.
Program itu kemudiannya akan diteruskan di Kompleks MITC, Ayer Keroh, Melaka (24 Mac); Hotel Grand Riverview, Kota Bharu (29 Mac) dan Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang (30 Mac) sebelum ke SACC Mall, Shah Alam, Selangor (31 Mac).
Pada 5 April di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar; Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya (6 April); Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, Perak (7 April); Dewan Tun Razak 1, PWTC (13 April) dan di- The Zone Expo & Exhibition Centre, Johor Bahru (14 April).
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment