Gelanggang pertarungan PRU 13 secara umumnya telah bermula sebaik
sahaja Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman
pembubaran Dewan Rakyat setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong.
Tika ini tumpuan umum beralih pula kepada SPR menantikan
pengumuman bilakah pula jatuhnya tarikh penamaan calon dan hari pengundian,
namun di sebalik semua itu ada pihak yang di ambang kecelaruan fikiran
menantikan saat tersebut.
Pihak yang dimaksudkan itu bukannya bakal calon malah bukan juga
pimpinan politik parti tetapi mereka adalah sekumpulan kaum hawa berstatus
isteri dan ibu kepada anak-anaknya.
Mereka dilanda gelisah, debaran tak keruan dan kebimbangan kerana
inilah saat paling sukar bila mana terpaksa menerima hakikat suami
masing-masing yang mewakili PAS dalam PRU 13 kelak akan mengangkat sumpah baiah
talak tiga.
Setiap calon PAS wajib mengikuti syarat ini demi mengikat
kesetiaan mereka kepada parti sekaligus kelak di kemudian hari tiada seorang
pun akan melompat keluar dari PAS.
Baiah talak tiga maksudnya jika sumpah dilanggar maka terputuslah
hubungan suami isteri di dunia dan akhirat, si isteri akan menjanda dan
anak-anak pula bakal kesedihan dilanda duka hilang sebuah keluarga bahagia.
Bertahun-tahun menjalin hubungan mesra suami isteri dikurniakan
anak-anak yang lincah bergurau senda bagaikan sia-sia sebaik sahaja sumpah
baiah talak tiga jaminan kesetiaan kepada PAS dilafazkan.
Ia satu bentuk paksaan dalam rela tapi itulah hakikat syaratnya
jika mahu menjadi calon PAS dalam pilihan raya. Andai tidak sanggup menerima
syarat bersedia menceraikan isteri dengan talak tiga, jangan sesekali berangan
untuk menjadi calon PAS.
Demikian murahnya kesetiaan seorang isteri kepada suami pada
nilaian PAS sehingga sanggup dijadikan pertaruhan demi keutamaan parti.
Baiah talak tiga ini bukannya lagi satu rahsia dalam PAS setelah
ianya diakui sendiri oleh pemimpin PAS mengenai kewujudannya demi menjaga
kepentingan politik kepartian PAS meskipun hubungan suami isteri dijadikan
sandaran & gadaiannya.
Bagi PAS soal parti lebih utama, hukum hakam agama boleh sahaja
mereka manipulasi untuk kepentingan parti, sama seperti mana para pimpinannya
sering memanipulasi soal pahala dan dosa, syurga dan neraka untuk mengumpan
sokongan keduniaan.
Sedangkan kesucian kalimah Allah S.W.T PAS sanggup biarkan
tergadai demi memenuhi tuntutan DAP sebagaimana dipersetujui secara bersama
oleh PR, apa sangatlah menggadaikan hubungan suami isteri para calonnya demi
kepentingan PAS, bukan begitu?
6:37 PM
Cara2 terbaik utk org2 PAS menceraikan istri2 mereka tanpa bersusah payah utk kawin lain. Lagi pun, sebagai mana bodohnya jantan2 PAS ni, bini dia org pun mmg jd bangang sbb mempertaruhkan diri sebagai 'DEPOSIT' kepada PAS.
Akan ramailah janda2 kerepot di Kelantan tak lama lagi. Kalo yg masih bergetah, boleh lah ditukar2 dgn kwn2 dlm parti tu. Bila dah puas lanyak makjan ni, bercerai balik dan blh kembali ke pangkuan 'PUNAI' yg asal.
Amacam?? best jadi jantan PAS kan?
Bini dia org jadi Plastik sampah utk isi brg2 busuk sebelom dicampak keluar..