Berikut adalah intipati ucapan (kata-kata) Presiden Kelab Warisan
Malaysia (KERIS), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz kepada pemberita selepas membuat
laporan polis terhadap laporan portal pro-pembangkang, MalaysiaKini.
****
Sememangnya istilah bangsa Cina dan India tidak di nyatakan di
dalam Perlembagaan Persekutuan melainkan Perlembagaan hanya menyatakan tentang
4 masyarakat iaitu Melayu, orang asli, bumiputera Sabah dan Sarawak dan
kaum-kaum lain.
Seterusnya, berkaitan sekolah vernacular di Malaysia, sememangnya
dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mengiktiraf kewujudan sekolah berkenaan
melainkan Sekolah Agama Islam yang boleh di biayai oleh peruntukan Persekutuan
atau Negeri menurut perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.
Selanjutnya, berkaitan Tanah Rezab Melayu, kami mempertahankan
kenyataan Dato Mohd Noor Abdullah berkenaan kerana sememangnya menurut Perkara
89 Perlembagaan Persekutuan, Tanah Rezab Melayu yang di isytiharkan sebelum
hari merdeka hendaklah terus wujud dan jika di lucut hak sebagai Tanah Rezab
Melayu, hendaklah diganti tanah rezab tersebut dengan keluasan yang sama.
Selanjutnya, kami turut mempertahankan kenyataan Dato Mohd Noor
berkaitan pembahagian tidak seimbang kek kekayaan Negara kerana selepas 56
tahun merdeka, pegangan ekuiti orang Melayu hanyalah sekitar 20% dan di antara
senarai 20 orang terkaya di Malaysia hanya 4 orang Melayu tersenarai.
Sememangnya kami menyokong gesaan Dato Mohd Noor Abdullah bahawa
dalam tempoh 10 tahun akan datang, perlu ada satu strategi di atur bagi
memboleh Yang Di Pertuan Agong memainkan tanggungjawab perlembagaan Baginda
menurut perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu di dalam bidang pendidikan,perkhidmatan awam dan
perniagaan.
Kami menegaskan bahawa ucapan beliau secara keseluruhannya adalah
berbentuk konstruktif mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam
Perlembagaan Persekutuan, sesuai dengan kedudukan dan pengalaman serta
kepakaran beliau selaku Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan ucapan beliau
itu tidak seharusnya di gelar sebagai Rasis kerana beliau hanya bercakap
tentang peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan.
Setiap warganegara Malaysia melafazkan ikrar rukunegara yang sama
iaitu Keluhuran Perlembagaan iaitu bermaksud setiap warganegara akur dan patuh
dengan apa yang telah terkandung dalam Perlembagaan.
Tindakan Malaysiakini yang menyebarkan ucapan beliau secara
terbuka ini adalah jelas dengan tujuan untuk mengapi-apikan dan hasutan untuk
melagakan kaum-kaum di Malaysia.
Pada masa yang sama, ucapan ini adalah satu peringatan kepada kita
semua rakyat Malaysia agar menghormati hak-hak Perlembagaan orang Melayu dan
jangan sesekali mencabar dan cuba mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya
demi menjamin keharmonian Negara.
Kami menegaskan bahawa orang-orang Melayu kini telah berpendidikan
tinggi dan akan bersatu mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kami
daripada sebarang agenda untuk menyamaratakan antara kaum di Malaysia.
1:55 PM
Perhhhhh...memang mantop...terkedu puak2 dapiq
2:17 PM
Syabas!
Kami berbangga dengan kejantanan kamu!
Beri no akaun dan saya dan sedekah kepada persatuan anda
3:46 PM
kami melayu sedar menyokong 100 peratus.
3:49 PM
Dato Mohd Nor adalah hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan kes Fatimah Sidi (Kes Serban) di Seremban. Dalam penghakiman beliau telah menyatakan bahawa Perkara 3 (1) Perlembagaan bahawa Islam adalah diutamakan kerana perkataan Islam disebut dalam Perlembagaan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni. Belaiau juga terjeu bahawa peraturan berpakaian sekolah rendah dan menengah tidak mengikut syariat Islam. Seluar panjang bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan. persoalannya Apa yang DS Anuar dah lakukan untuk memartabatkan Islam semasa beliau menteri pelajaran dulu?????
4:08 PM
Wahai Melayu sedar lah...marilah kita bersatu
Bersatu teguh bercerai roboh...
4:16 PM
Hebat hebat hebat....persatuan atau kelab beginilah yg patut di perluaskan keahliannya...biar ramai anak2 warisan kite lbh mengenali dan tahu akan HAK mrk..bkn setakat dok brhiburan sahaja..