Alor Setar - Jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks Pas
Kota Sarang Semut, yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi
gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yg cuba dibawa oleh Anwar
dan pembangkang.
Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih Kerajaan yang mampu
membawa perubahan besar kepada negeri Kedah. Tumpuan kerajaan negeri yang
dipilih oleh majoriti rakyat sekarang ialah untuk memenuhi segala akujanji dalam
tempoh lima tahun akan datang dan memenuhi ikrar melakukan transformasi menjana
pembangunan yang bermanafaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik
atau latarbelakang.
Sehubungan dengan itu saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan
untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari
kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan.
Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan Pru13 termasuklah di
negeri yang mereka menangi. Saya cabar pakatan untuk melepaskan tampuk
pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya masih tidak boleh
menerima keputusan Pru13 yang lalu.Jangan kelirukan rakyat dengan
memanipulasikan isu undi popular.
Tidak wajar untuk mereka memaksa Kerajaan Barisan Nasional
berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di Negeri-negeri yang
dimenangi.
Saya juga menyeru Anwar serta konco-konconya dalam pembangkang
agar segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang
dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar bukannya sekadar membazir masa
menerusi perhimpunan yang merosakkan keharmonian serta mencalar imej negara
khususnya negeri Kedah yang aman damai.
Mukhriz Mahathir
Menteri Besar Kedah
0 Komen