Sepanjang tempoh berkempen ini, PAS bersungguh-sungguh sekali
memperlihatkan yang mereka tidak akan tunduk kepada DAP. Justeru, isu hudud dimainkan kembali dengan
lebih keras dan lebih tegas. Para Ulama
PAS seperti Dato’ Haron Din dan Dato’ Harun Taib berkali-kali muncul membuat
kenyataan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud walau apapun terjadi. Kenyataan ini benar-benar membuat DAP panas
telinga dan turut membuat kenyataan bahawa PR tidak pernah bersetuju dengan
hudud dan DAP akan memastikan ia tidak akan dilaksanakan. Kemuncaknya, Naib Pengerusi DAP Johor, Norman
Fernandez menyeru ahli-ahli DAP agar tidak memberi sokongan kepada PAS.
Maka bergolaklah PAS dan semakin ramailah yang memberi tekanan
agar meninggalkan PR.
Namun, tidak mungkin PAS akan mensia-siakan segala pengorbanan
mereka menjadi anjing suruhan DAP selama ini, hanya untuk menarik brek di saat
akhir. Maka, semalam, Harun Taib
memujuk ahli PAS agar tetap memberi undi pada PR dan perihal hudud akan
diselesaikan kemudian iaitu selepas Pilihanraya atau selepas menang.
Hari ini nampaknya segala kemelut antara PAS-DAP mengenai hudud
telah selesai apabila Norman Fernandez tampil membuat satu lagi kenyataan rasmi
bahawa beliau menarik balik seruan agar tidak mengundi PAS. Sinar Harian hari ini melaporkan alasan
beliau membuat U-turn dalam masa yang singkat ialah kerana menurutnya,
kepimpinan tertinggi PAS telah bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud
sekiranya PR menang pilihanraya.
Pelik sekali apabila media pro-pembangkang enggan
menggembar-gemburkan alasan Norman Fernandez ini. Kita ingin tahu apakah reaksi ahli-ahli PAS
apabila mendapat tahu yang pemimpin mereka telah secara senyap-senyap memujuk
Norman Fernandez dengan berjanji tidak akan melaksanakan hudud jika PR menang.
Kita pasti, kepimpinan PAS akan terus menafikan yang mereka ada
berjanji apa-apa dengan Norman atau DAP.
Malah, di hadapan penyokong mereka, mereka akan terus berlakon
seolah-olah mereka mampu menguasai DAP dalam soal hudud. Sedangkan hakikatnya PAS telah terikat kepada
perjanjian bersama Pakatan Rakyat iaitu menukar prinsip perjuangan dari Negara
Islam kepada Negara Kebajikan dan sekali gus menolak perlaksanaan undang-undang
hudud.
Nampaknya, para Ulama PAS ini memang hebat sekali dalam
berpolitik, jauh lebih hebat dari orang-orang jahil lagi. Kelicikan mereka tidak terhad terhadap
musuh, tetapi turut berlaku licik terhadap penyokong sendiri, terhadap rakan
sekutu, terhadap diri sendiri dan terhadap Allah SWT jua. Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala
melihat ulama-ulama ini begitu asyik sekali bermain wayang dan menipu di sana
sini mengikut rentak dan isu serta kadangkala mengikut emosi sendiri.
Apa yang boleh kita katakan selain, kasihan kepada penyokong PAS
kerana ditipu oleh Ulama sendiri.
Jika ini tidak benar, jangan pula disalahkan UMNO tetapi tanyalah
Norman Fernandez atau DAP. Maklumlah,
nak ditanya Ulama sendiri, belum tentu jawapan mereka boleh dipercayai.
0 Komen