Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari
sejak menyertai parti ‘ultra kiasu’ DAP dilihat semakin berjaya meresapi
ideologi dan mentaliti pembangkang yang gemar berpolitik di jalanan. Namun amat
malang baginya apabila demonstrasi yang dianjurkan itu GAGAL mendapat sambutan
seperti yang diharapkan apabila hanya dihadiri oleh ahli DAP itu sahaja.
Dia yang pada mulanya berhasrat untuk meluahkan bantahan ke atas
gaya dan kandungan penerbitan akhbar arus perdana Utusan Malaysia, muncul untuk
beberapa minit sahaja di hadapan premis syarikat itu. Namun, insiden tersebut
mengundang reaksi negatif mereka yang berada di tempat kejadian apabila, Hatta
selaku PENGANJUR dan KETUA DEMO tidak dapat menahan rasa malu telah menunjukkan
isyarat lucah kepada kakitangan Utusan yang ‘menyambut’ kehadirannya.
Menurut rekod, Hata adalah merupakan bekas kakitangan Utusan yang
dipecat kerana di dapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang cenderung
menyokong ideologi pakatan pembangkang. Malah beliau juga sebelum ini pernah
mengugut akan mendedahkan kepada umum identiti sebenar ‘Awang Selamat’
Berbalik kepada isu menunjukkan isyarat lucah tadi, sebagai
seorang yang berpendidikan dan kononnya mempunyai
maruah diri, dia sepatutnya tidak melakukan perkara sedemikian. Ini secara
tidak langsung menunjukkan pemikiran yang sempit serta sikap tidak profesional
yang wujud dan membelenggu dirinya. Tak ubah seperti orang yang ‘gila talak’.
Sedangkan secara rasionalnya, jika benar terdapat rasa tidak puas
hati, Hatta boleh menyuarakan perkara tersebut dengan cara yang lebih berhemah
dan beradab. Syukur kakitangan Utusan mempunyai tahap mentaliti yang tinggi,
kalau tidak meriah juga aktiviti demonstrasi petang semalam.
Sebagai seorang yang telah terjun ke kancah politik, dia
seharusnya menunjukkan sikap orang yang mempunyai sahsiah diri yang baik serta
tidak menjatuhkan maruah sendiri dan agama. Orang politik akan bergaul dengan
segenap lapisan masyarakat dan sikap yang kurang rasional dan tidak profesional
boleh mendatangkan impak negatif.
Tetapi, inilah cara politik pembangkang, mereka lebih selesa
gunakan kekerasan dan menunjukkan kebodohan masing-masing bagi mencapai
kepuasan yang diingini. Kalau dapat diubah, mesti lebih cantik corak perjalanan
politik negara yang mewujudkan satu persaingan yang sihat.
Kalau beginilah gayanya pembangkang, memang tidak jauh perginya.
Untuk menggantikan kerajaan sedia ada, haruslah menjadi yang lebih baik. Kalau
orang-orang seperti Hatta Wahari ini yang dikumpul Pakatan Rakyat, memang buruk
lah pakatan sampai bila-bila dan tidak akan wujud daya persaingan yang sihat.
Biarlah bodoh sedikit, asal tinggi budi pekertinya. Kerana dengan
adab yang tinggi, banyak ilmu yang dapat dipelajari. Kawan pun senang untuk
dicari. Cuma satu menjadi kemusykilan ialah, sejak ahli DAP ini dipecat dari
Utusan, dia yang sebelum ini hanya memakai kereta cabuk, dilihat semakin
bergaya dengan kereta mewah. Persoalannya dari mana sumber kewangan tersebut
diperoleh? Renung-renungkan.
4:39 PM
Jika mahu berpolitik ikut peraturan dan hormati akan rukunnegara serta tatasusila rakyat Malaysia dan orang melayu. DAP anak kelahiran PAP sememang nya mempunyai memori yang tidak akan dilupakan oleh orang melayu. Maka itu jangan sesekali DAP atau ahli atau pengikut dan juga mereka yang menyokong bermain sentimen perkauman. Lebih2 lagi jika menyentuh hati orang melayu. kelak akan huruhara negara ini. Orang melayu memang lemah dan permaaf serta bersabar. Ini kerana orang melayu menganut agama islam. Islam mengajar umat nya agar banyak bersabar. namun kesabaran orang melayu ada batasnya. Jadi jika nak berpolitik biar lah dengan adap dan sopannya. Malaysia terdiri dari berbagai kaum. Walaupun melayu dan bumiputra Sabah dan Serawak mempunyai sedikit keistemewaan mengikut perlembangan yang telah dipersetujui namun bangsa lain masih menerima feadah dari kemakmuran negara.Ramai orang kaya adalah dari keterunan cina.
5:40 PM
En. Hatta. terima lah hakikat bahawa anda telah ditipu hidup hidup oled Cina DAP.