Wujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan….
Itulah antara gesaan atau lebih tepat cadangan dari Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan
Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang mencadangkan agar Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi (MECD) diwujudkan semula dalam Kabinet yang akan dibentuk
tidak lama lagi.
Ujarnya, pembentukan kementerian itu adalah wajar bagi membantu
menggalakkan pembabitan lebih ramai usahawan baharu khususnya golongan belia.
Selain itu, kementerian berkenaan juga perlu mengekalkan peranan
sebagai agensi utama bagi pembangunan usahawan Bumiputera dalam pelbagai bidang
selaras dengan peralihan ekonomi.
"Kerajaan juga mungkin boleh mengkaji dan memperkemaskan lagi
kementerian itu agar lebih fokus terhadap fungsi serta tujuan penubuhannya.
"Jika nama kementerian sedikit berbeza pun tidak mengapa. Apa
yang penting fungsinya sama, dapat membantu rakyat menjadi usahawan yang
berjaya,".
MECD diwujudkan antara tahun 2004 hingga 2009 bagi memperluaskan
dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus utama kegiatan ekonomi
negara dan seterusnya membantu mencapai sasaran pemilikan 30 peratus ekuiti
golongan itu menjelang tahun 2020.
Bagaimanapun, pada 2009 kementerian itu dimansuhkan dan fungsinya
diserap oleh beberapa kementerian lain seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan.
Apa pandangan korang dengan idea dan gesaan ini?
12:13 AM
Sokong bro...semenjak MECD dibubarkan, usahawan bumi macam hilang tempat bergantung dan banyak sangat agensi lain yang buat pembangunan keusahawanan tapi tak bersepadu. Yang dah diserap Kementerian lain pun macam melukut tepi gantang. Tambah2 kalau diserap dlm Kementerian yang 'atasnya' bukan pro bumi...sikit demi sikit jadi x relevan.Punya ler skeptikal giler deme..
1:12 AM
SOKONG!!!
2:30 AM
Sokong sesangat, tapi set yg ada kat MARA tu kena tukar le bro! Sesiapa yg biasa deal dgn unit pembangunan kat MARA tu pasti tahu... Samada mereka tidak ada ilmu keusahawanan atau terlebih ilmu keusahawan (nak cedok idea orang lepas tu guna lepas pencen) ! Dah banyak kali mengadap puak puak ni. Birokrasi mereka... Mak Oiii! Macam kita nak minta sedekah walaupun cadangan kita bagus! Jgn MARA asyik sibuk ingat usahawan melayu tu hanya jual tudung, kerepek, hp china dll yg cekai! Klu nak wujudkan semula MECD tu, mintalah sangat jgn letakkan MARA utk handle usahawan kita ni! Naya Bro! Jadi bhan lawak cina jer...
1:09 PM
permintaan yg wajar mendapat perhatian PM . desakan juga harus dibuat agar semua kepimpinan GLC yg tidak mesra Bumiputera ditendang keluar . Hari ini GLC perlu memainkan peranan dalam memartabatkan agenda Bumiputera bukan hanya nak swastakan atau jual saham . Petronas masukkan kembali Hassan Merican . Tan Sri Muhammad Hashim (KFC Kolonel Malaysia) menerajui Kementerian Keusahawanan , baru banyak aset Bumiputera boleh diwakafkan dan jihad ekonomi digerakkan dengan lebih berjaya .
8:55 PM
Apa cina mau dah ramai orang dapat agak...APA PAS MAHU???...Ini yang melayu PAS kena jawab pada diri sendiri...Melayu Islam negeri Kedah Perlis NS Terangganu Perak dulu sokong PAS sekarang dah beralih semula ke Barisan Nasional..mereka rasional berfikir dan bertindak sepanjang 5 tahun yang lalu...kecuali Melayu Kelantan@MELAYU BUDU...Akui lah PAS dalam Pakaran Rakyat cuma No 3 selepas PKR dan DAP..Apa yang PAS mahu dalam PR.. Kalimah Allah dilacurkan,Penzina dan Peliwat diangkat jadi pemimpin,bila kroni berzina lagi banyak tayang lagi banyak pahala...dosa zina nak campak kemana, bila kroni sokong murtad PAS sokong, hudud boleh dah tutup buku.. Nak kata jadi kuasa pengimbang dalam PR atau nak tubuh negara Islam sekali LGE, Anwar dan Karpal Sing jerit senyap jadi SETAN BISU...Nak jadi kuasa pengimbang jauh skali.. hasil ajaran tok guru paling haprak malah ulama pondok pun tak sokong tok guru...MELAYU BUDU layak kerja di sektor swasta syarikat cina bukan sektor kerajaan..Ketua jabatan harap pantau melayubudu dan melayu PAS...Pada APA LAGI PAS MAHU???