Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta Khairy Jamaluddin, menawarkan
diri mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandangnya sekarang pada
pemilihan UMNO akan dating.
Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, memandangkan tidak
ada lagi pencalonan di peringkat bahagian untuk satu-satu calon melayakkan diri
untuk bertanding, jadi Pemuda merayu agar Khairy mengisi borang pencalonan
sebagai calon Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang dan Pemuda UMNO
telah sepakat untuk membantu beliau untuk menjadi Ketua Pemuda dalam pemilihan
akan datang.
“Kita tidak boleh membuat ketetapan untuk orang lain untuk
menawarkan diri tetapi kita telah melalui proses kepimpinan bersama selama
hampir lima tahun dan kita dapati bahwa perjalanan pilihan raya ini telah disumbangkan
oleh Pemuda di bawah kepimpinan beliau.
Kalau kita perasan tidak banyak isu calon yang merajuk, dari segi
sabotaj parti di kalangan Pemuda dan sebab itu kita rasa perlu untuk kita
kekalkan mandat baru kepada saudara Khairy memandangkan beliau juga akan
menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan yang menjurus kepada
orang muda dalam kerajaan.
Saya harap di peringkat akar umbi tanpa kita menyekat semangat demokrasi
dalam parti, kita hanya ingin berkongsi pandangan dan pengalaman kita bersama
dan kita rasa Khairy sesuai untuk mengisi jawatan tersebut, malah usianya juga
masih muda untuk menjayakan agenda kita untuk menghadapi Pilihan Raya Umum
ke-14,” ujarnya pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO di PWTC di
sini, sebentar tadi.
Tambahnya, Pemuda tidak boleh menyekat mana-mana ahli untuk
bertanding jawatan Ketua Pemuda, tetapi kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO telah
bersama selama lima tahun ini, telah menilai dan hasilnya ialah pada PRU13
lalu.
“.....Tetapi kalau ada lain yang nak lawan, mereka boleh isi borang,
lawanlah.... tetapi pada kita, atas semangat kita selepas PRU ini, kita ada banyak
kerja dari perkara tersebut.
Apapun terjadi, kita tidak mahu perpecahan yang terlalu panjang,”
tambahnya lagi.
9:01 PM
kalau tak mau buat pemilihan, baik tak payah buat perhimpunan. buang masa je..
9:29 PM
Saya nak komen juga TAPI rasa diri tak layak! sebab saya BUKAN ahli UMNO....
10:20 PM
inilah sebabnya pemuda umno semakin tak relevan kpd generasi muda. jgn la sekat pertandingan, tunjukkan keterbukaan sebagai pemimpin pelapis. klu pemimpin pemuda dah tunjuk sikap nak jaga kedudukan masing2 mcm mana nak tarik sokongan pengundi muda dlm pru14?
10:24 PM
Kenyataan ini akan meminggirkan lagi pengundi muda drpd pemuda umno. pecaya lah pengundi terutamanya generasi muda mahu melihat umno dan pemuda bersikap pejuang. bukannya segerombolan watak yg hanya mengutamakan kedudukan masing2.
11:05 PM
Kenyataan bodoh pemuda umno yang tak ada semangat competitive. Banyak kerja nak buat? Kepala hotak kau.
Kita org2 melayu tak kira ahli umno atau tidak, melihat kepada umno sebagai harapan untuk maju ke hadapan. Jangan jadi bodoh kalau nak buat umno sebagai kelab untuk kekawan aje.
Untuk makluman umno, org2 melayu tak nampak lagi watak2 yang berkaliber dalam umno dari barisan menteri atau pemuda. Kena banyak muka2 baru diberi galakan untuk tunjuk bakat.
Bila dah keluar statemen tak ada pertandingan maka binasalah semangat generasi akan datang.
Suara2 sumbang menteri2 dah kedengaran untuk tidak tanding jawatan presiden. Kini pemuda pulak jadi bengong.
Bapa borek anak kencing berlari.
7:51 PM
Rasuah,rasuah,rasuah,rasuah.....apa kita cepat sangat lupa peristwa malam pemilihan ari tu.....hehehe melayu mudah lupa.