Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Permai, Ali Mazat Salleh
berkata tuduhan mengatakan wujud pengundi hantu malah kononnya ada 40,000 orang
warganegara Bangladesh yang terlibat untuk membantu mengundi BN pada PRU13 yang
lalu jelas perbuatan yang tidak bermaruah dan sengaja dicipta untuk
mengelirukan rakyat.
“Mereka mewujudkan suasana tidak tenteram dan keliru dalam
masyarakat. Tuduhan-tuduhan yang pelbagai ini sengaja direka cipta bagi
memastikan kesinambungan dan momentum ‘mengugat kepercayaan rakyat’ dapat
diteruskan sekurang-kurangnya sehingga PRU yang akan datang.
“Mereka berkata kononnya wujud pengundi hantu, pengundi
warganegara Bangladesh, tetapi dalam masa yang sama, jika dikaji semula
kemenangan calon-calon BN di dalam satu-satu kawasan, jumlah undi antara BN dan
pihak pakatan nampak lebih seimbang berbanding di kawasan-kawasan yang
dimenangi oleh calon-calon pakatan ini, mereka menang dengan majoriti yang
besar ….. adakah ini bukti wujud pengundi hantu dan pengundi warganegara
Bangladesh terlibat dalam mengundi BN?,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Tegas beliau sepatutnya
kini semua calon-calon yang menang tidak kiralah di pihak BN mahupun di pihak
pembangkang seharusnya menolak ke tepi politik kepartian sebaliknya berganding
bahu memastikan kesejahteraan rakyat terbela, memastikan rakyat hidup aman
damai dalam sebuah negara majmuk, bukannya suasana tidak aman dan penuh rasa
curiga dan sangsi seperti yang wujud sekarang ini.
“Sehubungan dengan itu, pihak pembangkang berhentilah untuk
membuat tuduhan demi tuduhan jahat kerana jelas tindakan mereka ini sekadar
untuk mengelirukan rakyat semata-mata, tanpa memikirkan kesan di masa yang akan
datang.
“Mereka mempertikai kemenangan BN sebaliknya jika kemenangan di
pihak mereka, semuanya tidak salah malah mereka bersedia pula untuk mengangkat
sumpah menerajui beberapa kerajaan negeri seperti di Kelantan, Selangor dan
Pulau Pinang. Mengapa tidak mereka pertikaikan kemenangan pihak mereka di ketiga-tiga negeri ini dan di
kawasan-kawasan DUN dan Parlimen lain yang dimenangi mereka.
Baca seterusnya di sini
0 Komen