"Kepada semua rakyat Johor, saya ingin merakamkan setinggi
tinggi terima kasih kepada para penyokong atas sokongan yang padu yang
diberikan pada setiap perlawanan. Tahun ini adalah tahun pertama kita. Kita
telah belajar banyak perkara sepanjang musim ini.
Kita harus sedar di mana kita sekarang berbanding dengan
musim-musim yang lalu. Saya berjanji akan sentiasa bekerja keras untuk
memantapkan lagi pasukan Johor dan memperbaiki sistem dan projek bolasepak
Johor secara keseluruhan.
Ini baru tahun pertama kita, dan kita harus berasa bangga atas
percapaian kita pada musim ini. Syukur Saya kehadrat ALLAH SWT kerana pasukan
bolasepak Johor mempunyai penyokong yang paling hebat dalam negara ini. Dengan
sikap yang tak berputus asa, bersemangat, bersatu hati, dan berdisiplin.
Syukur saya juga ke hadrat ALLAH SWT kerana saya yakin dan pasti
bahawa masa depan bolasepak negeri Johor sangat cerah dan berpotensi tinggi.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua rakyat negeri Johor yang
setia memberi sokongan. Jangan lupa, bahawa muafakat itu berkat.
Saya berdoa semoga ALLAH SWT sentiasa memelihara negeri Johor
Darul Ta'zim. Kepada ALLAH kami berserah. Hidup biru, merah, putih. Ini baru
permulaan Kuasa Harimau Selatan."
-DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan
Ibrahim
12:52 AM
kesian TMJ sbb xdpt nk sambut ulang tahun dgn gembiranye
3:08 PM
kuasa harimau selatan?..hari hari mau adalah ko