Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak hari ini mengumumkan dana tambahan
berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bilangan usahawan Tekun
Nasional juga dijangka meningkat kepada 370,000 pada 2015 manakala sahabat AIM
pula disasarkan meningkat kepada 500,000 pada 2015.
Berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di sini, Najib
berkata peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti AIM, Tekun
Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh dalam mengatasi isu akses kepada
pembiayaan bagi kalangan usahawan kecil dan sederhana.
Ini, kata Najib bagi memastikan bilangan usahawan Bumiputera yang
menerima pembiayaan dapat ditingkatkan.
Perdana Menteri turut memperkenal skim pembiayaan unik baharu -
Skim Permulaan 'Entrepreneur' Baharu Bumiputera (Superb) yang akan membantu
syarikat permulaan menerusi dana sebanyak RM100 juta, dalam tempoh tiga tahun.
Superb akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada usahawan
baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik dan mempunyai
potensi masa hadapan yang besar.
"Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti
Baharu Usahawan Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang,
inovatif dan berani mengambil risiko.
"Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi dalam
menyertai bidang bidang baharu berasaskan pengetahuan seperti teknologi
maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau," katanya.
Perdana Menteri berkata bagi menjawab keluhan usahawan yang
mengalami kesukaran mendapatkan akses pasaran, semua Kementerian dan GLC telah
diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera.
Pemilihan vendor juga mestilah berasaskan meritokrasi dalam
kalangan Bumiputera bagi memastikan mereka dapat dipupuk supaya berdaya maju dan
mampan, katanya.
Menyentuh pemerkasaan Program Pembangunan Vendor (VDP), Najib
berkata Petronas akan melonjakkan program VDPnya bagi mengukuhkan rantaian
bekalan sektor minyak dan gas.
Tindakan yang sama akan dilaksanakan Tenaga Nasional dalam sektor
tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor
pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.
"Seiring itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan
konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar
projek mereka dapat berjalan lancar," katanya.
Sementara itu, sebagai langkah untuk memastikan peluang syarikat
Bumiputera memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa
hadapan pula, dasar 'Carve-out' akan diperluas kepada projek-projek besar lain dalam
kementerian serta GLC dan GLIC.
"Dasar ini telah berjaya dilakukan dalam projek MRT, dengan
47 peratus atau RM9.0 bilion diluluskan kepada syarikat Bumiputera terpilih
secara meritokrasi.
"Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenal
pasti untuk terlibat dalam program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka,
Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan
Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh," kata Najib.
12:32 PM
Taktik memujuk Melayu kerana dilukakan PM Najib! Pada masa sama PM Najib secara sembunyi masih mencium dan menjilat ponggong cina. Bagaimana dikatakan memperkasakan ekonomi Melayu jika penasihat dan pemandunya masih ramai yang bukan Melayu?
1:02 PM
Alhamdulillah satu pertanda baik untuk MELAYU dan BUMIPUTRA.
Facts and figures are there as proof
of sincerity.
Yg penting kita sambut cabaran dan be part of engine of growth.
Kepada yg berterusan BERSIKAP NEGATIVE, Samaada anda BERUBAH ATAU
ANDA AKAN D UBAH.
Bila nanti orang BERJAYA anda akan terus
Dengan Mereka yg memang sentiasa
pilih Demonstrasi dan Berguling2
KONONYA ORANG ATAU KERAJAAN TAK ADIL.
Bangkit saudaraku dan insaf BANGSA
MASIH KERDIL D BUMI SENDIRI.
JADI bila ada PELUANG jangan HELAH
BERMADAH.
BIAR Pemimpin selesai masaalah cara
BERHEMAH, Kerja kita BANGUNKAN NEGARA, TERUTAMA ORANG SEPERTI ANDA
YG TENTUNYA BERPELAJARAN.
Ikhlas dari insan yg mendukung kemajuan dan KEJAYAAN BANGSA NYA.