Bajet2014 – Tidak Ada Kerajaan Yang Mahu Membebankan Rakyatnya

Kita harus faham peranan dan pendekatan pembangkang di dalam Negara kita, bagi pembangkang, apa-apa perkara yang memberikan kredit kepada kerajaan adalah masalah bagi mereka, ujar Ahli Majlis Tertiggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

“Dalam masa yang sama, kalau Negara tidak aman, itu adalah kebaikan kepada mereka, jika polis tidak dapat bertindak dengan berkesan, juga adalah kebaikan kepada mereka, jika ekonomi Negara muflis, itu adalah bonus kepada mereka.

Kita kena faham strategi pembangkang adalah untuk mengambil kesempatan daripada ketidakkecekapan dan ketidakupayaan kerajaan.

Tapi dari segi kerajaan, tidak ada kerajaan dalam dunia ini hendak membebankan rakyatnya. Apatah lagi kita dalam sebuah Negara yang demokratik, akhirnya kita tidak dapat lari dari hakikat di mana hukuman atau penentuan samaada kita disambung mandat atau tidak adalah pada rakyat, empat tahun bukan satu tempoh masa yang lama,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ketereh mengulas sikap pembangkang yang mengatakan bahawa Bajet 2014 adalah bajet menghukum rakyat.

Tambahnya, jika nak mengandaikan bahawa kerajaan membentangkan bajet yang nak membebankan rakyat merupakan satu andaian yang telah dijangka lebih awal lagi dan sangat tidak tepat.

Cuma masalahnya sekarang ini ialah pembangkang melihat dari sudut bagaimana mereka boleh mendapat populariti dari apa yang ada sekarang.

“Sebab itu kita lihat bagaimana Ketua Pembangkang terkial-kial mengambil pendekatan pick and pieces, dia pick up beberapa point dan dia spin tanpa dia sendiri gagal untuk melihat bajet dalam kontek secara yang menyeluruh.

Misalnya dalam pendekatan Bajet yang kerajaan ambil, ialah untuk memperkasakan ekonomi. Kita tahu kalau ekonomi tidak di perkasakan dari sekarang, dan memperkasakan ekonomi tidak boleh diambil dalam masa setahun.

Jadi kerajaan kena lihat dari persektif, skop yang lebih besar dan untuk memperkasakan ekonomi termasuk mengawal pendefisit, pertama dia tidak boleh secara mendadak. Kedua, kalau nak mengawal defisit ekonomi, revenue kerajaan mesti bertambah dan tak tak mungkin ada revenue kerajaan bertambah tanpa memperbaiki, memperelokkan, memperkemaskan sistem pencukaian dan tidak ada sistem pencukaian yang boleh dibuat dengan membuatkan semua orang akan happy untuk membayar cukai,” tambahnya lagi.

Ujarnyanya, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab ialah kerajaan yang menguruskan kaedah dan dasar pencukaian dengan baik, begitu juga kalau nak mengawal deficit, kita juga harus mengawal perbelanjaan.

“Dalam kontek untuk menguruskan ekonomi dalam jangka masa panjang, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang berani melakukan tindakan tetapi tindakan yang dibuat itu bukanlah dengan cara yang sembrono, dibuat secara berhemah,” tambahnya.


Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment