Janji Manifesto PRU12 Pun Tak Tertunai, Jangan Sibuk Pertikai Bajet2014 Kerajaan BN

Kerajaan dan pemimpin pakatan pembangkang harus menilai sendiri kejayaan dan pelaksanaan janji-janji yang dibuat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) , 5 tahun yang lalu sebelum kumpulan ini mempertikai dan memperlecehkan Bajet2014 yang dibentangkan Perdana Menteri dan kerajaan BN baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Penggerang, Mohd Amin Hamidon membidas dakwaan pemimpin-pemimpin pembangkang yang mendakwa Bajet2014 ini sebagai bajet yang menghukum rakyat.

“Apakah makna dakwaan mereka? Hari ini saya mencabar Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor supaya mengemukakan satu kenyataan rasmi termasuk menyenaraikan status pencapaian terhadap setiap janji kepada rakyat yang dibuat menerusi manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Saya tak yakin mereka dapat buktikan kejayaan dan pelaksaan janji yang dibuat mereka pada PRU13, kerana sebahagian besar janji mereka dalam manifesto PRU12 masih belum ditunaikan sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Tambahnya, dakwaan Bajet2014 hanya sekadar tindakan politik populis, hanya bertujuan untuk membina persepsi buruk kerajaan BN, sedangkan pakatan mereka sendiri telah lama menghukum dan menidakkan hak rakyat.

“Jangan lupa dengan slogan ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dilafazkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan pakatan pembangkang perlu bertanggungjawab atas janji dan manifesto yang mereka buat dalam PRU12 terlebih dahulu sebelum mereka laksanakan janji PRU13. Kita minta satu keadilan dan ketelusan seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan pakatan untuk ‘negeri berkebajikan’ kononnya, tolong prihatin dan peka terhadap permintaan rakyat khususnya di negeri-negeri yang mereka uruskan,” tambahnya.  

Beliau turut menyelar pakatan pembangkang membuat janji baru untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum lalu seperti menurunkan harga minyak, menurunkan harga kereta dan sebagainya.

"Rakyat perlu membuat penilaian bahawa janji baru pakatan pembangkang ini sebenarnya hanyalah untuk menarik sokongan pengundi. Jika pakatan mereka ikhlas mahu membantu rakyat, mereka sepatutnya telah selesaikan janji mereka pada PRU12 lalu khususnya di Selangor.


"Namun, pakatan pembangkang sehingga hari ini tidak laksanakan janji tersebut, kemudian buat janji baru. Lebih teruk, bila janji-janji-janji mereka sendiri tidak tertunai, mereka nak salahkan BN dan burukkan Bajet2014 yang kononnya Bajet Menghukum Rakyat,” tambahnya. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment