Apa Yang Rafizi Buat Untuk Selesaikan Masalah Air Di Selangor?

Pergerakan Pemuda UMNO pelik dengan sikap Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang masih mahu mempertaruhkan nasib rakyat Selangor apabila mempertikaikan kesahihan perjanjian konsesi air yang ditandatangani kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, baru-baru ini.

EXCOnya, Dazma Shah Daut @ Daud  berkata, Rafizi dilihat sebagai pemimpin yang hanya memikirkan survival politik pakatan pembangkang daripada cuba menyelesaikan kemelut krisis air yang melanda Lembah Klang.

“Beliau (Rafizi) tak habis-habis nak berpolitik sampaikan dalam keadaan rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang berdepan krisis air paling teruk pun, dia masih mahu politikkan isu air.

Mengapa dia perlu mempertikaikan dan mempersoalkan tindakan bijak Kerajaan Selangor dalam selesaikan isu bekalan air ini bersama kerajaan Pusat dalam perjanjian konsesi yang disifatkan berat sebelah,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, Rafizi sepatutnya berkongsi idea atau sekurang-kurangnya memberi sokongan kepada kerajaan Selangor yang berusaha keras menjaga kebajikan rakyat yang dihimpit krisis bekalan air.

Sebaliknya, tindakan pemimpin muda pembangkang itu langsung tidak menyelesaikan masalah malahan mengeruhkan lagi usaha kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh mahu memulihkan isu air di negeri itu.

“Cukuplah dengan segala macam isu yang mahu dipolitikkan selama ini, Rafizi sepatutnya membantu MB atau sekurang-kurangnya memikirkan cara untuk selesaikan masalah air di kawasan dia di Parlimen Pandan.

Mulut lantang dia sebenarnya tidak sedikit pun dapat membantu rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang sebaliknya menambahkan lagi kekalutan sedia ada.

Saya menyifatkan Rafizi sebagai individu yang suka mencari perhatian dalam setiap isu yang berlaku di negara ini kerana dia suka sangat mahu cari publisiti murahan...nak tunjuk dia pandai bercakap, walaupun ada kenyataannya yang nampak kurang bijak,” ujarnya lagi.


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment