TERKINI: MAS Minta Keluarga Penumpang Bersedia Dengan Pasport


Penerbangan Malaysia (MAS) difahamkan telah meminta anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China, supaya bersedia dengan pasport masing-masing dan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6 petang
ini.

Suhaili Mustafa, yang bersaudara dengan seorang daripada penumpang pesawat itu memberitahu pemberita di sini, abang dan ibu beliau akan berada di KLIA petang ini.

Suhaili adalah anak saudara Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad.

Sementara itu, Putih Idris, 68, berkata menantunya Nor Fadzilah Mat Rahim, 37, turut menaiki pesawat ke Beijing itu atas urusan kerja.

"Kami mendapat info daripada MAS pada pukul 6.30 pagi tadi, saya doakan dia selamat. Dia menantu yang baik," katanya.

Beliau berkata anaknya iaitu suami Nor Fadzilah, akan bersedia di KLIA untuk menaiki penerbangan ke lokasi insiden yang belum ditentukan lagi.

Suasana di KLIA kecoh sedikit apabila keluarga penumpang keluar dari anjung tinjau KLIA iaitu tempat berkumpul keluarga terlibat lalu diserbu media untuk
ditemu bual.

Beberapa anggota keluarga yang ditemui enggan ditemu bual kerana terlalu

sedih.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment