BN Mempunyai Peluang Cerah Rampas Permatang Pauh, Pertahankan Rompin - Safri


Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz menyifatkan Barisan Nasional (BN) tetap mempunyai kelebihan di Permatang Pauh walaupun dilabel sebagai underdog.

Ianya berikutan isu-isu di pihak pembangkang yang memberi kelebihan buat BN untuk berusaha memenangi kawasan itu.

Sebagai persediaan menjelang Pilihanraya Kecik PRK melibatkan P44  Permatang Pauh dan juga P91 Rompin, Pergerakan Pemuda UMNO telah pun mengagih-agihkan kedudukan dan gerak kerja tersusun di kedua-dua kawasan terbabit.

“Umum semua mengetahui bahawa majoriti PKR di Permatang Pauh dimenangi sebanyak 15 ribu lebih begitu juga di Rompin, BN menang dengan majoriti 15 ribu lebih.  Sudah pasti tumpuan dibuat dengan lebih berkesan kerana Permatang Pauh juga melibatkan kawasan penduduk yang agak seimbang dari segi kaum, sosioekonomi dan sebagainya.

Saya bagi pihak Pemuda UMNO telah mengadakan mesyuarat dengan Pemuda UMNO negeri Pulau Pinang dan Pahang yang mana mereka telah berjanji akan menggandakan usaha memastikan supaya gerak kerja di kedua-dua kawasan ini dapat ditumpukan dengan lebih baik terutama sekali berhubung isu-isu yang berkaitan pilihan raya,” ,” ujarnya yang juga Setiausaha Pemuda BN.

Tambahnya, di Permatang Pauh walaupun umum mengetahui bahawa kita berada pada kedudukan istilah underdog tapi dengan kedudukan isu di sebelah pihak pembangkang, sudah pasti BN mempunyai kelebihan yang cukup untuk kita mengurangkan  banyak majoriti dan tidak mustahil untuk merampas kembali kerusi permatang pauh

Manakala di Rompin pula umum mengetahui bahawa menjadi kubu kuat Barisan Nasional sekian lama dan sudah pasti gerak kerja Pemuda UMNO akan memastikan supaya lebih kekal dan bertambah pada masa masa akan datang

“Pengagihan gerak kerja ini telah diatur dengan baik, di mana pihak Pemuda UMNO telah turun ke dua-dua kawasan ini lebih awal dan kita telah bertemu dengan pemimpin di peringkat akar umbi dan telah menyatakan kesediaan mereka untuk bekerja lebih kuat untuk memastikan supaya gerak kerja tertumpu kepada pengundi-pengundi muda yang juga terdiri daripada pengundi-pengundi luar yang mungkin terpaksa kembali semula untuk mengundi,” tambahnya.

Beliau turut menyeru di semua jentera di peringkat akar umbi supaya memberi fokus pada setiap peti-peti undi yang mana terdiri daripada ahli-ahli BN termasuk pengundi-pengundi yang bukan ahli-ahli parti untuk berkempen dan meminta mereka untuk pulang ke kawasan masing-masing untuk mengundi Barisan Nasional .

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian 7 Mei.

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis setelah terlibat dengan nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 22 April dan hari pengundian 5 Mei.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment