Pemuda Puas Hati Penjelasan Najib Berhubung Isu Yang Dibangkitkan - Nazir


Pergerakan Pemuda UMNO menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana yakin keupayaan beliau mentadbir negara.
Exconya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, mereka juga berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam pertemuan bersama kepimpinan Pemuda dari seluruh Negara yang diadakan petang semalam.
Tambahnya, sokongan Pemuda UMNO terhadap kepimpinan Presiden UMNO itu adalah bersandarkan kepada prinsip-prinsip yang menjadi amalan dan budaya parti itu selama ini.
Nazir - Pemuda sokong PM“Secara peribadi saya mengatakan sokongan Pemuda kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah membabi-buta tetapi berdasarkan fakta yang telah dijelaskan dalam pertemuan itu. Itulah juga yang ditekankan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
“Kami, Pemuda UMNO perlukan jawapan daripada ayahanda Presiden untuk kita bersama menangkis segala tohmahan serta persepsi negatif di luar sana.
“Justeru saya memohon kepada pelbagai pihak terutama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak terus menyerang Najib, sebaliknya berilah beliau peluang mentadbira negara dengan acuannya sendiri,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.
Tambahnya, beliau kesal Perdana Menteri difitnah sebegitu rupa sehingga menafikan kejayaan-kejayaan pelan transformasi yang telah diilhamkan oleh beliau.
“Perbuatan memfitnah Perdana Menteri termasuk yang dilakukan oleh Mantan pimpinan UMNO adalah perbuatan yang sangat tidak wajar, tidak sayang parti dan memalukan diri sendiri kerana Najib telah menjawab satu persatu tuduhan yang dilontarkan,” ujarnya.
Beliau berkata, sebarang perbezaan pandangan dan pendapat diselesaikan secara berhemah bersesuaian dengan peraturan dan kehendak parti, bukannya menyebarkan fitnah melalui media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif rakyat terhadap Najib.
“Telah tiba masa kami Pemuda UMNO bersoladiriti bersama Perdana Menteri. Kami merayu agar kepada pihak yang tidak bertanggung jawab ini agar hentikan fitnah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujarnya lagi. 
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment