Zahidi dilantik Pengerusi Risda


KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, 54, dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang baharu berkuatkuasa 1 September ini.
Beliau memegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Northern California Global University dan Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi MARA.
Selain Zahidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan pelantikan semula Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa.
Jelas beliau, pelantikan kedua-dua tokoh tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya percaya pelantikan Annuar dan Zahidi akan dapat memimpin MARA dan Risda dalam melaksanakan dasar dan perancangan oleh kementerian demi mencapai objektif transformasi negara,” katanya
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment