Itulah sebenarnya yang dicatur dan direncanakan oleh PKR apabila bersetuju melantik Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya pasca PRU14 kelak.
Lantikan berstatus sementara ini hadir dengan syarat Anwar mesti dibebaskan oleh kerajaan sebelum jawatan Perdana Menteri itu diserahkan kepadanya sekaligus menyempurnakan segala cita-cita politik peribadi pesalah liwat tersohor itu.
Situasi ini, jika berlaku, menjadi simbol betapa Pakatan Harapan amat terdesak dan sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mengubah keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada mereka.
Ini juga, apabila berlaku nanti, menjadi bukti tentang budaya politik songsang dan di luar norma sosial yang diamalkan Pakatan Harapan kerana tergamak mencampuri urusan dan sistem keadilan negara, dasar yang selama ini dihormati dan dipatuhi rakyat berdasarkan prinsip pengasingan kuasa yang dipraktikkan sejak kemerdekaan negara ini.
Kita juga boleh menjangkakan tindakan-tindakan mereka yang seterusnya selepas tindakan besar (membebaskan Anwar dari kesalahan liwat | baca : bebas dari mahkamah dan bebas daripada tuduhan) ini diambil. Adakah ini bermaksud sistem keadilan dan ketelusan pentadbiran kerajaan akan menjadi lebih baik dan mulia apabila pengamal liwat yang didapati bersalah (sebanyak dua kali) di bawah sistem undang-undang sedia ada dibebaskan?
Selain itu ada persoalan yang lebih besar yang ingin kami lontarkan. Dengan segala harapan yang diletakkan oleh kepimpinan Pakatan Harapan selama ini, adakah para penyokong dan pentaksub Dr. Mahathir akan bersetuju dan menerima keputusan pelik ini?
Bukankah mereka yang menyokong bekas Perdana Menteri 22 tahun itu mahu beliau menjadi Perdana Menteri semula atas kapasiti dan kredit yang dimilikinya, bukannya kerana mahu menaikkan Anwar Ibrahim melalui jalan pintas?
Apa pun keputusannya, kami tetap berpandangan bahawa Pakatan Harapan kini benar-benar terdesak dan ketandusan calon pemimpin berkaliber yang boleh diangkat sebagai 'the next Prime Minister' bagi menggantikan Najib Razak. Celaru, haru biru, tiada arah tuju. Mungkin tiga perkataan ini paling tepat untuk menggambarkan suasana sebenar dalam kem Pakatan Harapan sekarang. Tidak langsung lebih baik.
0 Komen