Bala lagi…mungkin itulah sahaja yang
Anwar mampu katakan apabila satu lagi skandal yang mengaitkan dirinya
terdedah. Kali ini, bukan skandal seks
tetapi skandal rasuah atau kroni atau lebih tepat salahguna kuasa - yang mana
butirannya hanya akan terjawab di mahkamah.
Tetapi yang pastinya, Anwar sememangnya dikatakan terlibat.
Kerana itulah Anwar telah menolak
mentah-mentah sapina yang dikemukakan terhadapnya.
Kes ini timbul berikutan saman oleh
Hong Leong Bank Bhd terhadap ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung skandal
pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM445 juta pada 1998.
Untuk makluman, Tan Sri Quek Leng Chan,
Pengerusi Hong Leong Finance Berhad (HLFB) mempunyai hubungan yang baik dengan
Anwar. Dan pada ketika itu, Anwar
adalah di dalam keadaan terdesak untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir sebelum
mantan Perdana Menteri tersebut selesai menyiasat skandal seks dan homoseksnya.
Selain itu, pemilik asal KBB, iaitu
syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) dimiliki oleh Hamzah Harun dan
Mohd Faiz Abdullah pula merupakan penulis ucapannya.
Melalui hubungan antara kroni inilah
maka Anwar telah memastikan yang wang sebanyak RM445juta telah diluluskan oleh
HLFB sebagai pinjaman kepada Low bagi mengambil-alih KBB. Wang tersebut kemudiannya, dipindahkan kepada
AMC tanpa melalui prosedur biasa, yang memerlukan proses pengambilalihan
selesai terlebih dahulu. Akhirnya,
setelah pemindahan wang berlaku, pengambil-alihan tidak pula berlaku
sepertimana sepatutnya.
Anwar tahu bahawa sukar untuknya
melepaskan diri dari isu ini apatah lagi apabila semuanya dibongkar di
mahkamah. Tidak mustahil ‘perjalanan’
dan ‘aktiviti’ wang tersebut akan dijejak semula yang mana akhirnya akan
membongkar lebih banyak rahsia hitamnya.
Silap haribulan, akan timbul kes baru
yang akan membawa Anwar ke mahkamah sekali lagi sebagai tertuduh.
Jika tahun 1998 menyaksikan begitu
banyak drama hebat yang melibatkan Anwar, maka pastinya kisah di belakang tabir
drama ini adalah jauh lebih hebat lagi.
Bayangkan, dengan wang sebanyak itu, dan mungkin juga lebih lagi dari
sumber yang lain, apakah yang telah dilakukan Anwar bagi memastikan skandal
homoseksnya ditutup dari pengetahuan Tun Dr. Mahathir dan rakyat.
Bayangkan, berapa ramaikah yang telah
disogok dan diupah oleh Anwar untuk tujuan ini. Dengan wang sebanyak itu juga,
bayangkan apa yang Anwar boleh lakukan dengan petugas media asing terutama yang
berpangkalan di Kuala Lumpur
dan Kota Singapura.
Membayangkan semua ini, tidak hairanlah
Anwar menolak sapina terhadapnya. Dengan
pilihanraya yang semakin hampir serta Datuk S. Nallakarupan yang tidak
sabar-sabar malah ‘teruja’ sekali untuk disaman, sungguh Anwar tidak sanggup
menerima satu lagi bala.
Walaupun Anwar tahu pihak pendakwa
pasti akan memohon perintah mahkamah agar beliau hadir, tetapi
sekurang-kurangnya dapatlah beliau melambat-lambatkan proses perbicaraan. Lagipun melambatkan proses bicara sudah
menjadi kepakarannya.
Penulis yakin, Anwar amat berharap agar
kes ini dapat dilengah-lengahkan sehingga selepas pilihan raya umum, dengan
andaian jika beliau menjadi Perdana Menteri, kes ini boleh dibuang begitu
sahaja.
1:24 AM
tak da org komen ea... wkakaka.. meh sini aku comment... anwar pm bru kita lepas PRU13 ni okey... nk bet?
8:30 AM
Bodoh-bodoh. PM biseksual gak pikihan ko. Rosak akhlak betul puak-puak pakatan hatam jadah nie