Penyokong PAS Terdesak - Zul Noordin


Apakah ini demokrasi Islam…. Mungkin PAS boleh jawab. Apakah ini demokrasi tulen yang diperjuangkan PKR dan apakah ini demokrasi ala-ala DAP.

Pertanyaan ini mungkin boleh dirungkaikan oleh parti pembangkang berhubung kekecohan yang berlaku ketika Ahli Parlimen Kuli Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin di Kg Medan, Petaling Jaya Utara baru-baru ini.   

Bagi Zulkifli Noordin, apa yang diungkapkan semasa ceramah berkenaan adalah berhubung kait dengan kebenaran dan bukannya kepalsuan semata-mata.

“Mereka (penyokong PAS) tahu apa yang mereka buat ini salah, menjual kalimah Allah, gadai anak bini dalam politik, buat sumpah talak tiga, sanggup cerai isteri disebabkan parti, sanggup menukar perjuangan dari Negara Islam kepada Negara berkebajikan, bila ditanya kebajikan macam mana sedangkan kebajikan Memali yang kononnya mati syuhada ini pun tidak dijaga, sebab tu mereka tak boleh jawab.

“Sekarang ini mereka nak tukar pula Islam sebagai Ad-Din, Islam cara hidup. Saya persoalkan cara hidup Islam, semua orang nak. Tapi saya tanya soalan mudah, cara hidup Islam macammana yang kamu (Pas) gunakan untuk pecat Hassan Ali?.

“Tak bagi tunjuk sebab, tak bagi peluang bela diri, tak bagi pertahan diri, tak panggil mesyuarat, tahu-tahu sahaja Hassan Ali telah dipecat. Apa dosa Hassan Ali? Di mana bukti nak jadikan Islam sebagai Ad-Din?,” ujarnya mengulas tindakan segelintir penyokong PAS yang telah cuba menyerangnya di Kg Medan baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan penyakit pluralism yang semakin menular dalam pakatan, di bawa oleh Anwar Ibrahim, menyamakan semua agama. Kesan kepada pluralism ini, dan kesan yang boleh dilihat di Indonesia.

“Di Indonesia, banyak orang yang tak tahu bahawa perbuatan liwat dan hubungan lesbian dibenarkan. Di sana, homoseks dan lesbian adalah perbuatan seks yang tidak dihalang. Dibenarkan oleh undang-undang, ianya bukan satu perlakuan jenayah. Saya beritahu mereka kesannya.

“Kesan terbesar Anwar Ibrahim. Bila ditanya kepadanya mengenai undang-undang liwat, dia kata akan mansuhkan, ini undang-undang lapuk. Wall Street Journal tanya padanya, apa pendiriannya terhadap mereka yang melakukan hubungan seks bebas, homoseksual dan lesbian, dia kata bukan kerja dia tangkap 
orang yang melakukan homoseksual dan lesbian ini,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, kita tengok sendiri perbuatan ini berlaku dalam pakatan. Bagaimana Ustaz boleh bagi kaunseling kepada isteri orang pada jam 3 pagi, boleh makan aiskrim dalam jamban. Anwar sendiri dah terpampang video satu dunia.

“Ini bukti bahaya fahaman pluralism yang sudah menular ke dalam pakatan dan sudah meracuni PAS. Jadi Pas sudah diresapi parasite-parasit ini. Saya kata kenapa ahli Pas tak bangkit, bukan suruh pertahankan UMNO, bukan suruh bersama dengan UMNO tetapi mempertahankan parti sendiri yang sudah hancur yang disebabkan oleh parasit-parasit ini. Ini yang mereka tak tahan ini. Benda tu benda fakta, bukan saya cakap benda yang teori,” ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat petang tadi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. Anonymous
    8:17 AM

    ahlul bahlol lembu PAS memang perangainya begitu... jenis cakap x pakai otak....bila ada orang bangkitkan isu bersama fakta, mereka mudah panas telinga sebab x boleh nak jawab...
    so, kepada YB Zul.. sabor ler yop...

  2. Anonymous
    8:58 AM

    Fasa kekeliruan jati diri ahli&pemimpin pas...kena cpt cari jati diri 2 sblm dibawa arus pluralisme

  3. Anonymous
    9:06 AM

    Otak kalau dah bodoh tak boleh berlawan akal tangan pun naik lah!

  4. Assalam Bro

    Padanlah mereka dok pakat2 suka pergi Indonesia... semuanya halal pak...wakakakaaa...

  5. Anonymous
    9:36 AM

    Kalau PR memerintah bukan sahaja homosex dan lesbian dibenarkan tetapi Islam boleh khawin dengan Krstian, hindu seperti di Indonesia...gawat pak...

Post a Comment