Agen Asing: PR, SUARAM, Apa Beza?


Sejak SUARAM terkantoi kerana menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia dan bukannya berfungsi sebagai NGO yang membela hak asasi manusia, pertubuhan itu nampaknya agak senyap dan jarang lagi membuat kenyataan. 

Pendedahan ini sekali gus menutup isu kapal selam scorpene dan juga pembunuhan Altantuya yang kononnya berkaitan dengan pemimpin tertinggi kerajaan.  Apa yang jelas kini ialah segala penipuan SUARAM untuk menggambarkan berlakunya rasuah dan juga penglibatan pemimpin tertinggi dalam pembunuhan adalah satu perancangan yang telah disusun rapi oleh mereka. 

Sehubungan dengan itu, adalah tidak mustahil bahawa kematian Altantuya itu sendiri adalah termasuk dalam perancangan mereka.   Di tambah pula dengan versi-versi akuan bersumpah dan skrip U-turn dan S-turn yang ditulis oleh pihak PR dan SUARAM mengenai kes ini yang menyebabkan kita semakin musykil akan peranan sebenar PR/SUARAM dalam kes ini. 

Ini kerana, hanya orang yang bersalah yang mempunyai banyak versi dalam penceritaan. 

Sedangkan di pihak kerajaan, rekod menunjukkan bahawa jawapan mengenai scorpene mahupun Altantuya tidak pernah berubah.  Malah, kerajaan dan Dato’ Seri Najib tidak tahu menahu mengenai kisah atau latarbelakang wanita tersebut. 

Yang begitu arif tentang sejarah Altantuya adalah SUARAM / PR sehinggakan mereka dapat mengesan Altantuya di Perancis pada ketika tertentu walaupun polis Perancis sendiri tidak punya rekod kemasukan Altantuya ke negara itu.  Bukankah ini sesuatu yang pelik?

Sahlah bahawa isu sebenar di sini bukanlah scorpene mahupun Altantuya, tetapi SUARAM dan PR serta apa yang mereka sanggup lakukan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. 

Mungkin menyedari bahawa mereka telah ‘terperangkap’ kali ini maka media mereka, terutamanya, blog Lim Kit Siang, telah memaparkan beberapa artikel yang cuba menggambarkan bahawa kerajaan Malaysia ‘kecut-perut’, berpeluh-peluh dan menggeletar apabila isu scorpene dibangkitkan SUARAM.   Tetapi, apa yang menarik ialah puak-puak PR ini tidak langsung menafikan bahawa SUARAM dibiayai dana asing malah membela tindakan itu dengan alasan kerajaan juga menerima dana asing?
 .
Alasan ini menunjukkan betapa pihak mereka terdesak dan kehilangan arah serta hujah untuk membela SUARAM.  

Mereka boleh terus mencuba untuk menggambarkan ‘ketakutan’ kerajaan, tetapi rakyat nampak siapa yang takut dan siapa yang tidak.   Yang takut ialah mereka yang enggan bersumpah atas nama Allah S.W.T sedangkan Dato’ Seri Najib telah pun bersumpah sebanyak 4 kali bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya. 

Yang takut ialah mereka yang gelabah, kerap memusing cerita, membuat akuan bersumpah dan kemudian menariknya kembali, menulis dengan penuh butiran terperinci dan kemudian menafikannya pula.  

Dan yang takut adalah mereka-mereka yang lari keluar negara dan enggan berhadapan dengan mahkamah walaupun kononnya mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkan ceritanya. 

Siapakah mereka-mereka ini jika bukan puak-puak Pakatan Rakyat sendiri.   Kini, dengan kaitan SUARAM dengan agen asing semakin ketara, puak-puak PR ini semakin kecut-perut, dan berusaha sedaya upaya untuk meremehkan penerimaan dana asing tersebut. 

Jika PR tidak turut terlibat dengan agen asing, kenapa PR perlu membela agen asing seperti SUARAM?   Kenapa pula PR tidak melihat kesalahan dalam menerima dana asing dan menjadi talibarut asing? 

Jawapannya ialah kerana SUARAM itu adalah PR.   Maka kesimpulannya di sini ialah PR adalah agen asing a.k.a pengkhianat negara!

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:49 PM

    rasa2 bukan PKR je yang makan duit YAHUDI, PAS pun ada makan sama, biasalah minta duit dari DAP & PKR

Post a Comment