Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini mengutuk sekeras
kerasnya perbuatan biadap dan ‘kurang ajar’ sekumpulan kecil penyokong PKR yang
dikelolakan oleh ADUN PKR Machang Bubuk yang telah menyumbat masuk sayur
kangkung ke mulut replika YAB Perdana Menteri.
Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, sikap biadap kumpulan ini merupakan
tindakan mentaliti kelas rendah dan tidak akan membantu pun ke arah menurunkan
kos saraan hidup. Tindakan ini hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih
populariti murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat
didalam negara kita.
“Jika mereka ini bertanggungjawab, seharusnya mereka ini
berganding bahu dengan Kerajaan untuk mencari punca kenaikan ini dengan melihat
‘supply chain’ khususnya kegiatan ‘orang tengah’ yang memonopolikan barang
keperluan seharian.
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri meminta semua pihak agar segera
berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung ini dalam semua saluran media. Pemuda
sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara
daripada dihina dan dikotak katikkan,” ujarnya.
Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin memberi
amaran dan pilihan kepada PKR Machang Bubuk untuk tidak lagi melakukan
penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda UMNO
jika masih berdegil.
9:34 PM
tak payahlah beri amaran, tak perlu pun buatlapuran polis....CAKAP MACAM SAMSENG SANGAT TAPI TELUR SIMPAN KAT DALAM SAMPAI KECUT