Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata projek perumahan
untuk generasi kedua Felda di Kampung Felda Soeharto sehingga kini masih tidak
dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat kelulusan tanah daripada kerajaan
negeri Selangor pimpinan Parti Keaddilan Rakyat.
Perdana Menteri berkata beliau amat kesal projek yang beliau
sendiri lancarkan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada
April tahun lepas melibatkan lebih 200 unit rumah di atas tapak seluas 12
hektar kini terbantut.
“Projek ini terbantut kerana, walaupun tanah itu dimiliki Felda,
tapi terpaksa diserah balik kepada kerajaan negeri untuk diberi balik kepada
kita dan dipecahkan lot. Itu yang tak diluluskan kerajaan negeri sampai
sekarang.
“Saya tak boleh buat apa-apa lagi kerana mereka dah tolak
permohonan itu,” katanya semasa berucap pada Majlis Bersama Warga Felda di
Felda Gedangsa di sini Jumaat.
Najib berkata tindakan kerajaan Selangor menolak permohonan itu
semata-mata atas tujuan politik kerana ia tidak mahu melihat keuntungan kepada
BN biarpun projek itu adalah untuk kepentingan golongan generasi kedua Felda.
“Tidak ada apa yang boleh saya lakukan atau BN lakukan melainkan
beri sesuatu isyarat kepada tuan puan…kalau hendak projek ini, kalau hendak
masa depan lebih baik, lakukan perubahan,” katanya.
Beliau berkata perubahan yang harus dilakukan semasa pilihan raya
umum kelak ialah menegakkan sebuah kerajaan negeri yang benar-benar mahu
membina masa hadapan rakyat.
Najib berkata beliau tidak hairan sikap kerajaan negeri Selangor
kerana sebelum ini ia juga telah menolak permohonan Yayasan Basmi Kemiskinan
untuk membina kampus Universiti Teknologi Mara di Serendah, sehingga
mengakibatkan projek itu terpaksa dipindahkan ke Melaka.
“Kerana politik (mereka) tak mahu kita dapat keuntungan, tak mahu
kita disanjung masyarakat, mereka tak bagi kebenaran…tanah adalah kuasa (di
bawah bidang kuasa) kerajaan negeri.
“Inilah keadaan sebenar, saya terangkan sebab jangan orang kata
saya mungkir janji atau Felda tak tunai janji (dibuat semasa) pilihan raya
kecil,” katanya.
Najib berkata terserah kepada masyarakat peneroka untuk berbuat
sesuatu mengikut lunas undang-undang, dan yang paling penting, ialah memberi
sokongan kepada Barisan Nasional apabila tiba pilihan raya umum nanti.
Perdana Menteri berkata BN akan menunaikan janji-janji yang dibuat
semasa pilihan raya umpamanya jalan bertingkat Sungai Buaya bernilai RM84 juta
yang dijanjikan semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor lepas, kini dalam
pelaksanaan.
Pada majlis itu, Najib mengumumkan projek-projek yang akan
dilaksanakan oleh Felda berjumlah RM1.1 juta, iaitu RM200,000 bagi pembinaan
taman permainan kanak-kanak dan senaman luar di Felda Gedangsa, Soeharto,
Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan.
Sebanyak RM600,000 pula diperuntukkan oleh Felda bagi menaik taraf
kawasan perniagaan di Felda Soeharto dan Gedangsa; RM150,000 bagi menaik taraf
perparitan di Felda Gedangsa manakala RM150,000 lagi bagi membina pusat
kegiatan belia juga di Felda Gedangsa. Selain itu, Najib berkata sejumlah RM3
juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan masjid baru di
Felda Sungai Tengi.
Mengenai permintaan masyarakat Hulu Selangor supaya jalan yang
menghubungkan Tanjung Malim dan Rawang dinaik taraf, beliau berkata projek itu
yang kosnya bernilai RM300 juta akan disemak dan dimasukkan dalam manifesto BN
Selangor nanti.
9:23 AM
salam
baru pak najib tahu tanpa kerjasama kerajaan negeri pr selangor projek itu tak boleh jalan.
so lain kali kenalah bawa berunding dgn depa dulu kalau nak biat sesuatu, ni tidak main umum aje projek tu. kang bangang namanya tu.
pemerhati politik
3:10 AM
nTal ghd hair straightener
aGho ugg sale
vEox michael kors purse
3rEyg ugg uk
1mWix chi flat iron
5uQzn ghd straightener
0nSba cheap nfl jerseys
3eRdt ghd
0nCzf north face sale
5kVvt ugg
2tSjy ghd pink
5cMcs michael kors
6iLag nfl jerseys
5uSgo planchas ghd baratas
4fTdt ugg boots sale
8:14 PM
wQeq coach
mKgz ugg boots uk
wVbu michael kors purse
5eMur ugg boots uk
5pHta chi straighteners
4cNip michael kors outlet
1yDim nfl football jerseys
0cRmv coach outlet store
6bEgk cheap north face
5yWge botas ugg
8oCdv pink ghd straighteners
9cMcc michael kors purses
8bWuh nike nfl jerseys
0gFlj planchas ghd
2yMdn discount uggs